Wednesday, 18 January 2012

APE NI? BESTNYEEEE???


Taraaaaa!!!!! Korang yang tak tau mesti tertanya-tanya gambar apela yang aku letak kat atas ni kan? kan? kan? Haaa .... kalau korang nak tau ...inilah yang dinamakan Belang Tarung! Ape tu Belang Tarung? Belang Tarung ni adalah satu tanda kuasa yang akan muncul kat dahi mana-mana pendekar yang power hahahaha!

Tak caya? Korang boleh rujuk kitab berjudul Pendekar Laut dan Generasi 1, Generasi 2 dan Generasi 3 sebelum Wira Tunggal mengambil alih. Hahahahaha!

Sebenarnya "Pendekar Laut" adalah sebuah komik Hong Kong yang amat aku minati satu ketika dulu. Makan tahun jugaklah nak habiskan baca komik ni. Dari saman Pendekar Laut sampai ke cucu-cicit dia diceritakan dalam Wira Tunggal.

 Pendekar Laut

Nilah gambar si Pendekar Laut, pejuang terulung yang mempunyai kuasa 1,000,000 HP. Komik ni yang rajin beli, adik aku ...si Apis. Aku kengkadang kalau tak tahan aku beli sendiri gak. Dari komik ni harga RM 1.20, pastu naik RM 1.80 sampailah mencecah ke RM 3.00 (kalau kira-kira balik dah jadik jutawan dah aku).

Pendekar Laut

Masa zaman ni, ada beberapa komik jugak yang tengah Top seperti Dewata Raya, Pedang Setiawan, Raja Rimba. Aku baca gak komik-komik lain ni, tapi bagi aku yang paling best Pendekar Laut ni. Aku suka komik ni pasal jalan cerita dia yang ada kene-mengena dengan Politik, Percintaan (wajib), Ekonomi dan Sains. Dan setiap hikmat dalam cerita ni diterjemahkan secara terperinci dan ada sedikit logiknya. Taklah macam komik lain yang banyak melibatkan Dewa-dewa ..dah karut sangat aku rasa.

Antara Siri-siri Pendekar Laut

Banyak watak yang aku minat dalam komik ni, antaranya Pendekar Laut, Orga, Hitomi, Penjejak Neraka dan ramai lagilah. Dan banyak jugak hikmat-hikmat yang menakjubkan seperti Tinju Maut Pendekar Laut, Penyatupaduan Sel, Hikmat Asura dan pelbagai lagi hikmat yang buat aku ternganga hahahaha!

Penjejak Neraka (Antara karektor yang aku minat)

Sekarang, zaman komik ni pun dah berlalu. Yang ada hanya Safety Procedures, Safety Manual, Occupational Safety And Health Act 1994 dan Factory Machinery Act 1967 sebagai bahan bacaan (weeek). Nak buat camne? Perkara yang perlu kita buat untuk teruskan hidup : )

Tapi apa-apa pun, zaman komik Hong Kong memang atara kenangan paling best pernah aku lalui. Miss em all.

No comments:

Post a Comment