Wednesday, 23 January 2013

The End of Empire of The Most Electrifying Playboy In Real World Entertaintment


Akhirnya ....setelah 33 tahun menakluk .... ya menakluk hati-hati anak dara di seluruh dunia ...empayar yang dibina hingga kemuncak yang tinggi ....akan terhapus dengan satu lafaz sahaja ...satu lafaz yang akan menjadikan jiwa wanita-wanita di seluruh dunia sepi ....sepi sendiri aku benci ...

26 JANUARI 2013

Tarikh ini ....tarikh yang akan mengunci kerakusan Singa yang menjajah ....mengawal ketamakan sang bedal yang menawan hati setiap jiwa ....memagar kecerdikan kancil daripada helah-helahnya ...

Ya ... tarikh inilah lafaz itu akan diucapkan ...lafaz bagi satu permulaan yang baru ...lafaz bagi kehidupan yang  mungkin lebih sempurna ....dan lafaz itu adalah ......AKU TERIMA NIKAHNYA .....

Selamat tinggal wanita seluruh dunia ...selamat tinggal ...ingat daku dalam doamu ....andaiku bercinta lagi .....

P/S : Hold me now I'm six feet from the edge And I'm thinking maybe six feet Ain't so far down 

Thursday, 15 November 2012

PNSB Walk Hunt 2012 & Pakaian Seragam

Huh! Sakit perut aku tak hilang-hilang lagi, tapi hari ni bersamaan 10 November 2012, ada acara Walk Hunt kat opis aku. Takkan aku nak kecewakan team 'Cakar Tiger' aku?

Dengan semangat seorang shinobi, kesungguhan jinchuuriki, aku tabahkan jugak diri drive ke opis. Dalam perjalanan ke opis, pelbagai cara aku cuba untuk mengunci musang berekor sembilan dalam perut aku yang bergolak-golak ni, alhamdulillah ...sampai gak.

Walk Hunt ni lebih kurang mcm treasure hunt gak la, cuma sebab ada perkataan Walk, so game ni kita perlu berjalan. Napela tak letak Car Hunt ke, Motorcycle Hunt ke, takde la aku nak menapak dengan perut aku yang memulas-mulas ni.

Untuk pengetahuan korang, aku memang tak pernah masuk game yang ada hunt-hunt ni, so ni first experience aku la. Team aku yang pertama sekali hantar borang penyertaan hari tu. Hari ni aku pulak orang yang pertama sampai untuk daftar kehadiran team Cakar Tiger aku. Cahaya kemenangan dah berterbangan kat atas kepala aku. Haaa....nampak tak? nampak tak?

Kay, ni aku kongsi sikit gambar-gambar sekitar walk hunt hari tu.

Team 'Cakar Tiger' (team aku la ni)
Team berpakaian ala-ala nelayan ni Champion taun lepas, taun ni? hancur!
Team yang rasa diri cam artis ni ada hati nak memberi cabaran? Phui!hahaha!
Haa ...Team ni ada ala-ala Miss World (kunun)
Team yang dapat no. 4 (boleh percaya ke? takde muka kemenangan langsung!)
Team Tadika Kemas
Team dari SYABAS, Liverpool? Confirm la kalah.
Seorang ahli Cakar Tiger bergambar dengan 2  gadis tempatan
Walk Hunt ni abes pukul 3.30 siap penyampaian hadiah. Team aku menang ke tak? Tengokla gambar yang first tu .... muka-muka kemenangan kan tu semua? Tepat sekali! Dalam ranking 10 terbaik pun kitorang tak masuk! Memang objektif tahun ni untuk tinjau-tinjau camne permainan dimainkan. Tahun depan, kitorang grab!!!!

Tuesday, 25 September 2012

Gila Gangnam!

Watch "Tasnim Amani Gangnam Style" on YouTube

Pergh...sampai anak buah aku yang baru masuk setahun ni pun kene tempiasnye.

Memula aku dpt tahu pasal raya Gangnam, rerupanya satu dunia dah bergangnam! Camne bleh aku ketinggalan?

Almaklumlah pekerja cemerlang yang rajin bekerja dan berhemah tinggi, baik budi pekerti dan sesuai dijadikan menantu plak tu! Hahahaha!

Lepas Gangnam demam ape plak yang akan melanda dunia ni. Harap2 janganlah sampai melalaikan kita ye? Ingat2 sikit...

Monday, 24 September 2012

Hi Bloggers! I'm Back!

I think it's nearly three months since i last wrote in my blog?

Hehehe! Busy sangat dengan kerja2 kat opis sampai tak sempat nak memblogkan diri. Sekarang pun masih busy.

Ternampak post Hanis Zalikha kat Instagram about this new apps called Nuffnangx. Tetiba rasa nak aktif balik : )

So hopefully ni bukan penulisan yang terakhir untuk tiga bulan akan datang.

Owh by the way, ni tgh try blogging pakai apps Blogger for android. Dunno how its gonna look like? Not untill mencuri tulang kat opis esok!! Hehehehe!

Kay, gudnite folks! Err...nak nyanyi lagu tido untuk korang...Glory Glory Man United! Glory Glory Man United!


Friday, 22 June 2012

Futsal Futsal Futsal .....

Aku tak tahu ape nak cakap perasaan aku terhadap futsal ni. Kegilaan, keminatan, kehobian, kebestsan, ketagihan, kerakusan, keghairahan, kewafalenalana ....haaaa ...kan aku dah cakap aku tak tahu ape nak ditranslatekan pasal perasaan aku nih. Gila! Gila! Gila! Aku suka sangat main futsal.

Lagi seminggu nak tournament. Cam biasa, senior macam aku masuk Team B. Team A dipenuhi dengan bebudak muda. Dengan harapan Team A akan merampas kembali Piala Futsal PEKA daripada SYABAS.

Disebabkan ni aku rasa tournament terakhir aku kat PNSB, so aku dah bersedia untuk berjuang bermati-matian. Aku dah bersedia menerima kesakitan dan kecederaan seluruh badan. Aku akan naikkan martabat Team B!!!!

Cayok!!!!

Wednesday, 20 June 2012

AKU SEORANG BOMBA

Peerghh!!! Sampai turn aku untuk menyertai "Fire Safety Training". Training ni untuk ERT Team kat HQ or Loji Pembersihan Air Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Aku memang sronok sangat dengan aktiviti-aktiviti camni. Selalu kalau aktiviti camni aku mesti nak jadik Hero, bukan kek coklat Hero ...tapi Hero cam Iron Man, Superman, Captain America dan Amitabh Bachan. Malangnya kali ni takleh nak tunjuk Hero sangat sebab kaki kanan aku baru je kene "Hamstring Injury", paling kurang pun patutnya kene rehat dalam 2~3 minggu. Tak sampai seminggu aku dah kene gi training.

Maka bermulalah perjalanan aku ke Kem Latihan BOMBA Kuala Kubu Bharu.

Posingan Maut Depan Asrama ...sebelum didera...kuikuikui
25 May 2012, sampai ke Kuala Kubu Bharu. Register dari jam 3.00 petang ke 5.00 petang. First day ni takde ape-ape sangat. Dah lepas register terus naik ke bilik asrama. Pergh, ada aircond dan TV!!! Rupa2nye group kami dapat asrama kat blok pegawai. Malam tu ada briefing kat dewan makan (cafe) berkenaan aktiviti2 yang akan dijalankan. Dan pada malam itu juga aku dilantik menjadi ketua bagi 29 orang   yang akan bergelar BOMBA. Keesokan paginya ....

Semua dah siap sedia pakai Overall dengan muka yang ceria.
Begitu juga aku ....
Tanpa mengetahui apa yang akan kami lalui ....kami dibekalkan dengan set SCBA (Self Contain Breathing Apparatus) seperti di bawah ini.

Rasa cam dalam game Counter Strike plak.
Kitorang diberi penerangan tentang penggunaan SCBA. Nampak cam senang, tapi agak susah gak la.

Cikgu yang mengajar
Tekun Belajar
Selepas hampir sejam kitorang dengar taklimat, maka bermulalah acara penyeksaan anggota tubuh badan dan otak.

Matahari Tegak kat atas kepala weih!
Sewaktu sang matahai tegak kat atas ubun-ubun kepala, dengan SCBA yang dipakai, kitorang diarah naik turun bangunan, merangkak bawah besi, merangkak tengah2 padang bola. Aku rasa cam nak nanges!!! Tapi tak boleh, aku mesti teruskan! Walaupun dengan hanya kekuatan sebelah kaki sahaja! Jika tersebar berita kegagalan aku kat HQ, cacian dan hinaan yanag akan ku terima lebih sakit daripada kesakitan fizikal aku sekarang. Cayok! Ken boleh!!!

Aku Berjaya!!!!
Settle satu bab. Kami diberi rehat sebentar sebelum ujian yang lebih mencabar menanti kami selepas ini. Ujian seterusnya " Bilik Gelap Puaka Keramat 7 Petala Langit!".

Kitorang dimasukkan ke dalam sangkar seakan-akan sangkar hamster di dalam sebuah bilik gelap. Memang gelap tak nampak apa-apa. Dalam sangkar tu terdapat pelbagai halangan untuk kitorang tempuh untuk mencari jalan keluar. Pergh ...aku hampir-hampir putus asa, nasib baik ada suara halus memberi semangat " Awak Boleh!". Alhamdulillah, jumpa gak jalan keluar.

Hari itu kitorang juga di ajar cara penggunaan Fire Extinguisher, Cara Memadam kebakaran dengan naik lori BOMBA yang berharga 1.8 juta!!!

Last day kitorang diajar buat Latihan Pengungsian Bangunan. Tiga hari yang amat memenatkan!!! Tak tahu la  camne kadet BOMBA yang kene gi latihan sampai 9 Bulan tu!!!!

Tapi seronok! Sampai rasa macam nak gi balik semula. Abes!!! (Pergh ...lama tertunda laporan ni, dekat sebulan baru bleh post, sampai aku lupa nak post ape dah???)




Wednesday, 16 May 2012

KAK MASITOH OH KAK MASITOH!

Kak Masitoh adalah nama yang sinonim dalam hidup aku kat Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sebagai kerani lapok. Kak Masitohla tempat aku nak bergaduh, beli keropok dan paling penting, tempat aku nak pow duit dikala pertengahan bulan.

Pada satu tengahari yang membosankan, aku belek-belek la android aku yang dah berusia setahun lebih ni, terjumpa plak dalam banyak-banyak gambar WhatsApp secebis gambar En. Pijol dengan gaya bertudung penuh. Tergelak sendirian aku di kerusi pejabat yang hampir bobos (bukan sebab berat badan aku eh?).

Tiba-tiba membran-membran dalam otak aku seperti dicas ...tzzz! tzzzzz!tzzzzzz ... Dan tangan kanan aku pantas  mencapai 'mouse' dan  'cursor' ditujukan terus ke software 'Paint' dan 'Powerpoint' ( dua tu je la software paling canggih untuk buat keje kat opis aku). Dalam masa 15 minit maka terhasillah sebuah Masterpiece yang tulen. Potret yang penuh makna dan sensasi ....aku tersenyum ...seolah-olah karya seni aku ini telahpun diiktiraf berabad-abad lamanya dan disanjung oleh setiap penududuk masyarakat dunia.

Nah ...hasil seni paling halus pernah aku cipta ....


Aku berjaya menggabungkan kehalusan potret Kak Masitoh dan kekasaran potret En. Pijol dan ditambahkan dengan soalan paling sukar dalam dunia.

Nah! Karya Agung yang tak tertanding ini aku serapkan kedalam WhatsApp untuk dikongsi oleh semua lapisan masyarakat.

Perasaan gumbira, terharu tidak terkata apabila Karya Agung ini dapat diterima semua dengan titisan air mata tidak berhenti dan hingus srot srot terkeluar sambil terguling-guling menandakan betapa happynya mereka ini.

Aku harap Karya Agung ini diabadikan dalam kenangan masyarakat dunia.

Wednesday, 9 May 2012

KUCH KUCH HOTA HAI


Perrrghhh ....Legend! Aku hanya boleh cakap Legend je pasal cerita ni. And nothing else matter.

Tak sempat2 malam tadi selepas abes futsal, dan selepas menyumbat 7 gol (yang dah lama aku tak buat), berdesup aku meninggalkan gelanggang futsal sebab nak tengok cerita Legend ni kat TV2 semalam.

Bukak2 tv je dah dengar lagu sedih ...siot btul laaaa ...baru placing badan depan tv dah bergenang air mata aku. Aku cuba placing muka tak mengadap member serumah aku, supaya tak tercalar kejantanan aku. Tangkaaaaaap ....cerita ni memang tangkaaaaap jiwa aku dan setiap saluran darah dan pernafasan aku. Kalau tak kerana member aku ada sebelah dah meraung-raung dah aku tengok cerita ni. Kuch Kuch Hotak Hang la cerita ni!!!!!

Mana taknye, cerita ni kuar tahun 1998. Time tu zaman-zaman ke- Hero an aku la. Nak dijadikan cerita, jalan cerita dia melibatkan 3 hati. Sebijon!!!! Sebijon wa cakap lu dengan keadaan gua masa tu!!!! Tu yang tak bley tahan tengok cerita ni. Teringat kisah-kisah lama. Tapi ending cerita tu tak sama la dengan yang aku lalui sekarang.

Kedua-dua hati tu pun, sorang dah jadik bini orang plus anak dua, sorang lagi dah nak jadik bini orang tak lama lagi.

Pepehal, aku memang tak bley lupakan kenangan-kenangan terindah tersebut. Aku doakan yang terbaik untuk diorang.

Kuch Kuch Hota Hai memang LEGEND beb. Maksudnya? " Ada Sesuatu Berlaku Di Dalam Hati Ini"  Damn!!!!

Sunday, 29 April 2012

The Biggest Derby Of All Time


Masanya telah tiba ....bertekad bersemangat ...capai cita murnimu ..rakan muda ..Eh? Ape kene mengene ngan tajuk ni? Hahahaha!

Inilah masanya! Masa dimana dua kelab daripada Manchester bertemu untuk membuktikan siapakah kelab terbaik Manchester. Masa yang menentukan dimana trofi Barclay Premier League akan berada pada penghujung musim ni. Masa yang akan membuktikan siapa Pengurus terbaik pada musim ini. Masa yang akan menyaksikan mata aku bengkak-bengkak merah sebab menahan mengantuk tengok game yang akan dimainkan pukul 3 pagi ini.

Tiada siapa yang boleh menghalang aku untuk menonton perlawanan yang mendebarkan ini. Walau ditakdirkan Singa di Zoo Negara terlepas dan cuba menerkam aku di kedai mamak ketika game ni, akan aku lututkan otak si Singa tersebut. Jangan ganggu aku!!!!

Kita tunggu dan lihat ....

Selamanya United!!!!


Wednesday, 4 April 2012

LEMONADE FOR SALE!!! FROM DAMIA HANNAH!

Pada suatu petang .....

"Arghh ...Dah lambat ni! Nak Pakai Kasut Ape ni?"

"Errmmmh....salah kasut pulak!!!"

"Kasut ni okay tak?"
"Nampak macam cantik? Try test tengok!"
"Macam okay je ....boleh lah ...karang lambat pulak ..orang ambik tapak abes aku"
"Nasib baik sempat sampai ..,preparation dulu sebelum berniaga"
"Cuci cuci cuci dulu ...."
"Alhamdulillah ...dah dapat doploh hengget"
"Yes!!! Cecah target! Tiga ploh hengget!!!!"
"Time to balik! Dapatla kumpul duit sikit2 nak sponsor dewan Pak Long aku kawen nanti hehehe!"

Hehehehe! Terima kasih anak buahku Damia Hannah ....ni la anak buah aku Damia Hannah. Dah besar kan? Baru setahun lebih je tapi cerdik bebenor. Sebenarnye ni projek adik aku, Nur Atiqah Aisyah. Dia nak masuk pertandingan fotografi peringkat sekolah yang bertajuk "Kanak-kanak dan Wang". Ntah camne la sekolah dia bagi tajuk camni? Damia Hannah menjadi model utama bagi projek adik aku.. (nak amek Hanis Zalikha mahal sangat payment).

Damia Hannah yang sangat comel ini berjaya memainkan peranan sebagai seorang penjual Lemonade di peringkat mukim Setapak. Hehehehehe! Gitulah ceritenye ....