Friday 22 June 2012

Futsal Futsal Futsal .....

Aku tak tahu ape nak cakap perasaan aku terhadap futsal ni. Kegilaan, keminatan, kehobian, kebestsan, ketagihan, kerakusan, keghairahan, kewafalenalana ....haaaa ...kan aku dah cakap aku tak tahu ape nak ditranslatekan pasal perasaan aku nih. Gila! Gila! Gila! Aku suka sangat main futsal.

Lagi seminggu nak tournament. Cam biasa, senior macam aku masuk Team B. Team A dipenuhi dengan bebudak muda. Dengan harapan Team A akan merampas kembali Piala Futsal PEKA daripada SYABAS.

Disebabkan ni aku rasa tournament terakhir aku kat PNSB, so aku dah bersedia untuk berjuang bermati-matian. Aku dah bersedia menerima kesakitan dan kecederaan seluruh badan. Aku akan naikkan martabat Team B!!!!

Cayok!!!!

Wednesday 20 June 2012

AKU SEORANG BOMBA

Peerghh!!! Sampai turn aku untuk menyertai "Fire Safety Training". Training ni untuk ERT Team kat HQ or Loji Pembersihan Air Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Aku memang sronok sangat dengan aktiviti-aktiviti camni. Selalu kalau aktiviti camni aku mesti nak jadik Hero, bukan kek coklat Hero ...tapi Hero cam Iron Man, Superman, Captain America dan Amitabh Bachan. Malangnya kali ni takleh nak tunjuk Hero sangat sebab kaki kanan aku baru je kene "Hamstring Injury", paling kurang pun patutnya kene rehat dalam 2~3 minggu. Tak sampai seminggu aku dah kene gi training.

Maka bermulalah perjalanan aku ke Kem Latihan BOMBA Kuala Kubu Bharu.

Posingan Maut Depan Asrama ...sebelum didera...kuikuikui
25 May 2012, sampai ke Kuala Kubu Bharu. Register dari jam 3.00 petang ke 5.00 petang. First day ni takde ape-ape sangat. Dah lepas register terus naik ke bilik asrama. Pergh, ada aircond dan TV!!! Rupa2nye group kami dapat asrama kat blok pegawai. Malam tu ada briefing kat dewan makan (cafe) berkenaan aktiviti2 yang akan dijalankan. Dan pada malam itu juga aku dilantik menjadi ketua bagi 29 orang   yang akan bergelar BOMBA. Keesokan paginya ....

Semua dah siap sedia pakai Overall dengan muka yang ceria.
Begitu juga aku ....
Tanpa mengetahui apa yang akan kami lalui ....kami dibekalkan dengan set SCBA (Self Contain Breathing Apparatus) seperti di bawah ini.

Rasa cam dalam game Counter Strike plak.
Kitorang diberi penerangan tentang penggunaan SCBA. Nampak cam senang, tapi agak susah gak la.

Cikgu yang mengajar
Tekun Belajar
Selepas hampir sejam kitorang dengar taklimat, maka bermulalah acara penyeksaan anggota tubuh badan dan otak.

Matahari Tegak kat atas kepala weih!
Sewaktu sang matahai tegak kat atas ubun-ubun kepala, dengan SCBA yang dipakai, kitorang diarah naik turun bangunan, merangkak bawah besi, merangkak tengah2 padang bola. Aku rasa cam nak nanges!!! Tapi tak boleh, aku mesti teruskan! Walaupun dengan hanya kekuatan sebelah kaki sahaja! Jika tersebar berita kegagalan aku kat HQ, cacian dan hinaan yanag akan ku terima lebih sakit daripada kesakitan fizikal aku sekarang. Cayok! Ken boleh!!!

Aku Berjaya!!!!
Settle satu bab. Kami diberi rehat sebentar sebelum ujian yang lebih mencabar menanti kami selepas ini. Ujian seterusnya " Bilik Gelap Puaka Keramat 7 Petala Langit!".

Kitorang dimasukkan ke dalam sangkar seakan-akan sangkar hamster di dalam sebuah bilik gelap. Memang gelap tak nampak apa-apa. Dalam sangkar tu terdapat pelbagai halangan untuk kitorang tempuh untuk mencari jalan keluar. Pergh ...aku hampir-hampir putus asa, nasib baik ada suara halus memberi semangat " Awak Boleh!". Alhamdulillah, jumpa gak jalan keluar.

Hari itu kitorang juga di ajar cara penggunaan Fire Extinguisher, Cara Memadam kebakaran dengan naik lori BOMBA yang berharga 1.8 juta!!!

Last day kitorang diajar buat Latihan Pengungsian Bangunan. Tiga hari yang amat memenatkan!!! Tak tahu la  camne kadet BOMBA yang kene gi latihan sampai 9 Bulan tu!!!!

Tapi seronok! Sampai rasa macam nak gi balik semula. Abes!!! (Pergh ...lama tertunda laporan ni, dekat sebulan baru bleh post, sampai aku lupa nak post ape dah???)