Tuesday 31 January 2012

DARRON GIBSON HERO UNITED! LIVERPOOL MENANG TANPA GERARD!

Gabby's Goal!!!!!

Manchester United mencatat kemenangan 2-0 ke atas Stoke City pagi tadi. Tak sia-sia aku bangun pepagi gi kedai mamak tengok game. Walaupun kedua-dua gol adalah daripada sepakan penalti, namun sudah cukup untuk berada di takhta liga bersama Manchester City yang kalah kepada Everton 0-1.

Apa yang menariknya, gol kemenangan Everton dijaringkan oleh bekas pemain The Red Devils, Darron Gibson! Thanks Gabby.

Satu lagi keputusan menarik adalah kemenangan Liverpool 3-0 ke atas Wolves yang sekali lagi membuktikan Liverpool bermain lebih baik tanpa kehadiran kapten Steven Gerrard. Ramalanku benar belaka. That's all untuk pagi yang indah ini. Glory Glory Man United!!!!



Monday 30 January 2012

ALLAH WUJUD KE TAK NI????


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila Barber (Tukang Gunting Rambut) itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi billa mereka berbicara mengenai Allah, Barber itu pun berkata, " Saya tak percaya Allah itu wujud".

"Kenapa kamu kata begitu?" tanya si lelaki tadi.

" Cuba kamu keluar di tengah jalan itu, dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah itu wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah itu wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini. Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku" kata si Barber.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak, tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas Barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tersebut dengan segera berpatah balik ke kedai gunting rambut tadi dan berkata "Kamu tahu tak yang sebenarnya Barber jugak tidak wujud?"

"Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi???" kata Barber itu.

"Tidak!!" tegas lelaki itu. " Kalau Barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang  tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu".

"Ah! Barber memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnye!" jawab Barber.

"Tepat sekali!" kata si lelaki tadi.

"That's the point!. Allah jugak wujud. Itulah yang terjadi (Keperitan & Penderitaan) jika manusia tidak mengingatiNya dan kembali padaNya untuk memohon pertolongan"

Renung-renungkan dan selamat beramal.

BOLEHKAH SEORANG SUPER HERO ITU MENGANTUK?

Tanya Sama Pokok...Apa Sebab Goyang?
Jawapan bagi tajuk di atas adalah BOLEH! Ya! Seseorang Super Hero itu berkemungkinan mengantuk adalah agak tinggi kerana kerja-kerja menyelamatkan dunia dari orang jahat mengambil tenaga yang banyak. Ini adalah satu RISIKO! Sepertimana yang kita sedia maklum, Risk = Consequences x Likelihood. Ini juga boleh mewujudkan Hazard bagi sesuatu kawasan (Hazard=anything that can cause harm)

Kita ambik contoh Super Hero yang terdekat, seperti gambar di bawah ni :

Mata mula mengecil akibat mengantuk
Walaupun lecturer yang mengajar best, jika tenaga disedut oleh orang jahat, mengantuk tetap akan tiba.

Dr. Sulaiman Nawawi (OHD)
Sorry Doc. Kalau dah ngantuk, Ultraman Lalat pun takleh nak buat ape. Ni Dr. Sulaiman Nawawi, Occupational Health Doctor yang best. Dalam lecture beliau, beliau banyak memberi tips dan shortcut untuk fahamkan apa yang kitorang belajar.

Tak boleh jugak buat aku terjaga, aku menukar strategi dengan membayangkan perkara yang indah-indah seperti :

Taktik: Gambar beliau letak yang pertama untuk kelirukan situasi
Kedua: Makanan kegemaran aku, Tepanyaki

Ketiga: Ikan Lumba-lumba Pak Long

Malangnye semua gagal untuk menghilangkan kemengantukan aku. Akhirnya aku mengarut disini, maka terhapuslah mengantuknya seorang Super Hero itu. Sekian, semoga berjumpa lagi!

Saturday 28 January 2012

PEMUSNAH SYAITAN MERAH DARI BELANDA

Pemusnah Syaitan Merah Dari Belanda
Arrrghhh!!!! Dirk Kuyt! Nape la ko masuk? Aku dah tak sedap hati dah bila mamat ni masuk second half. Dia ni memang banyak menyusahkan M.U. setiap kali jumpa Liverpool. Sir Alex sendiri tak percaya camne team dia bleh kalah padahal team ni dah banyak pengalaman dalam situasi ni. Takde luck la malam ni.

Tahniah Liverpool.

Walaubagaimanapun, Kapten Steven Gerard dan Dirk Kuyt sendiri tak dapat menafikan kehebatan Manchester United yang menguasai permainan dari awal (rujuk komen selepas perlawanan). Kesilapan Kapten M.U. sendiri membawa padah.

Takpe-takpe ...game best. Game ni menunjukkan camne Otai Scholesy control game. Kalau dia kekal sampai abes game, aku rasa keputusan seri.

Dan game tadi jugak membuktikan TEORI aku sebelum ini adalah BENAR!!!. Baca balik artikel aku bertajuk "Ape Dah Jadik Liverpool dan Arsenal?". Di dalam artikel tersebut, aku menjelaskan bahawa Liverpool lebih baik jika Stevie G tak bermain. Terbukti bukan? Setelah Gerard dikeluarkan kita boleh nampak Liverpool menyerang dari semua arah, kiri, kanan dan tengah. Dan hasilnya Dirk Kuyt berjaya membolosi gawang Syaitan Merah di minit ke-88.

Hmmm ...Carling, F.A dan Champion League dah melepas. Yang tinggal UEFA Cup ngan Premier League je. Kamon United!


Thursday 26 January 2012

SERAAAM!!!! ADA ORANG CONTENG BUKU AKU!!

Tidaaaak! Seram! Ngeri! Suspen! Spender! Semuanya terlintas di lubuk hati aku yang kiut ini. Sepulangnye aku dari toilet untuk menyempurnakan sistem buangan terjadual, aku mendapati buku nota aku telah diconteng!!!!! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng!

Aku suspek beberapa orang yang pernah ganggu aku macam ni, antaranya Maya Karin, Nora Danish, Izaara Aisyah, Lisa Surihani atau Masitoh Md. Rejab. Takde orang lain! Korang tengokla contengan yang buat aku berpeluh-peluh ni! SeEeEeRaAaAaAmmmm!!!!!!

Seraaaaaaam!!! Itu lukisan Apeee? Takuuut!!!

Wednesday 25 January 2012

APE DAH JADIK LIVERPOOL DAN ARSENAL?


Aku bukanlah peminat Arsenal F.C. atau Liverpool F.C. Seperti yang korang tengok dari post-post aku yang lepas, ternyata aku peminat setia Manchester United. Tapi aku concern dengan dua kelab yang pernah jadi saingan The Red Devils. Ape dah jadik?

Ermm ...bukan aku nak menunjuk pandai, kalau aku cerita dengan fan Arsenal dan Liverpool mesti diorang backing kelab diorang. Tapi diorang tak tau kenapa kelab yang diorang minat tidak bertanding untuk takhta liga. Aku berani cakap kat diorang yang dua kelab ni hanya bersaing untuk kedudukan tempat ke-3 hingga ke-6. Diorang hanya akan tersengih dan bersetuju di dalam hati.

Okay, cuba kita bincangkan kat sini, mana puncanya kelemahan diorang ni. Liverpool dan Arsenal mempunyai pemain-pemain yang bertaraf dunia seperti Robin Van Persie (Top Scorer sekarang ni), Theo Wallcot, Arteta, Steven Gerrard, Downing, Andy Carrol, Bellamy, Suarez! Kalau kita tengok atas kertas senarai pemain-pemain yang dibeli, memang boleh mencabar kedudukan kami Manchester United(cewah ..kami tu). Tapi sekarang tengok? Arsenal di tangga ke lima (beza 15 point dari M.U) manakala Liverpool di tangga ke tujuh (16 point beza dari M.U). Masih ada peluangkah untuk mereka merebut takhta? Satu dunia akan jawab TIDAK!!!!! TIADA PELUANG LANGSUNG!!!

"Nak Pecah Kepala Aku Pikir Taktik"

Mengikut otak aku yang bergeliga aku ni, setelah membuat kajian menggunakan kaedah theoram phitagoras dan rujukan daripada m/s 16-26 buku teks Alam dan Manusia, terdapat hanya satu faktor perosak yang serupa yang melanda kedua-dua kelab tersebut  dan ramai yang tidak perasan tentang faktor ini. Nak tau ape dia? Hah, ni dia :

Liverpool : Steven Gerrard
Arsenal : Robin Van Persie

Dua orang nilah yang merosakkan kedua-dua kelab tersebut. Kenapa? Diorangkan Kapten pasukan masing-masing? Diorangkan pemain yang bertaraf dunia? Haaaa ....sebab tulah diorang merosakkan kelab diorang. Tengok betul-betul, ni bukan agak-agak tapi fakta, setiap kali kita tengok 2 team ni main, kita akan tumpukan perhatian lebih kepada kedua-dua pemain ni. Begitu juga yang terjadi kepada pemain-pemain lain, mereka terlalu mengharapkan kepada 2 orang berbakat besar ini. 

Tak percaya jugak? Adoyai ...aku bagi satu contoh lagi la pun. Tengok di awal-awal musim, dimana Liverpool kehilangan Stevie G kerana kecederaan, mereka lebih bermain secara berkumpulan dan lihat hasilnya, mereka berada di dalam kelompok 4 teratas. Tapi setelah kembalinya En. Kapten, dimana kedudukan mereka sekarang? 

Ape? Tak percayainye lagi pun? Adoyai lagi laa ni ..contoh kedua, Arsenal. Setelah kehilangan kedua-dua bintang utama Samir Nasri dan Cesc Fabregas, hanya satu nama sahaja yang kita dengar, ye ..Robin Van Persie. Tengok sahaja perbezaan golnya dengan pemain lain Arsenal, begitu jauh berbeza. Apakah maksudnye itu? Bezakan dengan jumlah gol pemain-pemain Manchester United, dan baru itulah dikatakan SATU PASUKAN.

"Bukan Ko Sorang Je Pening Wenger! Aku Pun Sama!"

Kejadian yang melanda 2 pasukan ni menjadikan EPL kurang saingan dan mula ketinggalan kepada Liga Sepanyol. 

En. Arsene Wenger dan En. Kenny Daglish, kalau ada terbaca ruangan ni, sila fikir-fikirkan. Kalau tak faham, klik 'TRANSLATE" kat atas Google Chrome tu.

Tuesday 24 January 2012

SINGLE BUT UNBELIEVEBLE


Taraaaaa!!!! Cetengok cetengok cetengok! Sape yang bertunang tu? Eh? Pesal nama aku ada kat dalam gambar atas ni? Hah? Aku dah bertunang? TIDAAAAAAAK!!! Kata-katamu hanya mimpi ..di siang hari ..kemarau panjang ....

Hehehehe! Bergurau je ...Alhamdulillah ...selesai satu bab ...ni nak ngadap satu tahun lagi ke hari perkahwinan saya dengan Cik Ziana, insya Allah. Doakan segala-galanya selamat bagi kami ye? Kami bertunang selepas berita gembira yang saya dapat malam sebelum tu. Berita ape? Ni hah berita dia :


Yeah!!!! The Red Devils shoot The Gunners down again at Emirates with a 2-1 win, thanks to Antonio Valencia and Danny Wellbeck. Hehehehehe! Sempat lagi aku tengok bola malam sebelum aku bertunang walaupun dilarang oleh Mak aku (memang anak yang degil!!!). Hehehehe!

Tu selingan je, sebenarnye ape yang aku nak cerita kat sini adalah Tempoh Pertunangan, Darah Manis dan Ujian. Korang yang dah kahwin mesti dah tempuh alam ni kan? kan? kan? Jenet kan? kan?

Senak Aku Kempiskan Perut Untuk Bergambar
Seperti kepercayaan Melayu yang lain yang aku tak percaya, aku memang tak percaya dengan status 'Darah Manis'. Ye ...aku orang Melayu ...bukan aku nak condem adat-adat Melayu, aku sayang bangsa aku. Tapi aku rasa lebih baik kita rujuk pada agama, al-Quran dan Sunnah sebelum kita percaya dengan adat-adat dan kepercayaan yang diamalkan nenek moyang kita. .

No! No! No! Aku bukan orang yang kuat agama sangat! Aku macam korang gak, nakal-nakal tapi comel. Tapi bila sampai satu tahap yang otak aku takleh terima, aku akan rujuk al-Quran dan Sunnah. Kalau takde sebut, so jangan harapla aku nak ikut. Orang kata 'Darah Manis' ni kita akan selalu bergaduh. Aku akan buktikan kepercayaan tu salah. Kalau kita buat semua keputusan dengan tenang, dan tidak berlebih-lebihan (membazir amalan syaitan), tidak bermegah-megahan, insya Allah semua akan berjalan lancar. Sebab tu ada perkataan Wasatiah dan Tawakkal.
Ini bukan Kumpulan Jambu

Wasatiah ni bermaksud bersederhana di dalam semua urusan dan tidak berlebih-lebih atau bermegah-megah. Manakala Tawakkal adalah bermaksud kita berserah segalanya kepada yang Maha Esa (setelah kita berusaha). Kita diberikan Akal dan Fikiran yang tidak dikurniakan kepada makhluk lain. Jadi gunalah ia sebaiknya supaya tidak mengundang bencana, perselisihan faham dan lain-lain perkara yang boleh mendatangkan mudarat. Berfikir secara rasional bukan gelojoh (aku pun selalu gelojoh gak, tunang aku cakap).

Oleh itu sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian ...cewaah...(errr ...bleh lawan Ustaz Azhar Idrus tak? hehehehe ..jangan marah Ustaz ye?), marilah kita berpesan-pesan untuk kebaikan. Jika ada sebarang kesilapan daripada saya, sila tegur ...sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya manakala yang baik itu hanya daripada Allah S.W.T.




Friday 20 January 2012

Birthday Present for 32 Years Old Tiger

Nike Street Gato

At last! After months of waiting! Dapat jugak kasut futsal baru! Hehehe! Thanks Bro Heiqal for the present! Aku dapat hadiah ni sehari sebelum besday aku yang ke 23 eh? 32? eh? 23? eh? 32? eh eh eh eh?

Hahaha! And pada hari kejadian, yakni bersamaan 20 hb Januari 1980, lahirlah seorang umat nakal bernama Khairul Nizam Bin Mohammad @ Ken. Dan pada hari ini, 20 hb Januari 2012, selepas 32 tahun dilahirkan, Cik Ziana telah mengeluarkan wang sakunya yang dikumpul dalam tabung buluh semata-mata untuk membuang kahak bersama aku di satu  tempat berhampiran kawasan parking bawah tanah yang digelar Kotak Merah atau  dalam bahasa Britishnya seperti di bawah :


Tak cukup dengan itu, Cik Ziana telah berpakat bersama-sama Geng Degil di sebuah restoran mamak terulung, Restoran bunga Emas dengan hidangan yang lazat! Terima kasih Cik Ziana and Geng Degil sekalian! Amat terharu aku ini. 

Kek Sodap!
Ayam Sodap!

Tak cukup dari satu kejutan ke satu kejutan ...di penghujung hari ...satu lagi kejutan aku terima! En. Oren tak dapat nak berganjak dari bunga emas! Yahuuu! En. Oren oooh En. Oren ....


Wednesday 18 January 2012

APE NI? BESTNYEEEE???


Taraaaaa!!!!! Korang yang tak tau mesti tertanya-tanya gambar apela yang aku letak kat atas ni kan? kan? kan? Haaa .... kalau korang nak tau ...inilah yang dinamakan Belang Tarung! Ape tu Belang Tarung? Belang Tarung ni adalah satu tanda kuasa yang akan muncul kat dahi mana-mana pendekar yang power hahahaha!

Tak caya? Korang boleh rujuk kitab berjudul Pendekar Laut dan Generasi 1, Generasi 2 dan Generasi 3 sebelum Wira Tunggal mengambil alih. Hahahahaha!

Sebenarnya "Pendekar Laut" adalah sebuah komik Hong Kong yang amat aku minati satu ketika dulu. Makan tahun jugaklah nak habiskan baca komik ni. Dari saman Pendekar Laut sampai ke cucu-cicit dia diceritakan dalam Wira Tunggal.

 Pendekar Laut

Nilah gambar si Pendekar Laut, pejuang terulung yang mempunyai kuasa 1,000,000 HP. Komik ni yang rajin beli, adik aku ...si Apis. Aku kengkadang kalau tak tahan aku beli sendiri gak. Dari komik ni harga RM 1.20, pastu naik RM 1.80 sampailah mencecah ke RM 3.00 (kalau kira-kira balik dah jadik jutawan dah aku).

Pendekar Laut

Masa zaman ni, ada beberapa komik jugak yang tengah Top seperti Dewata Raya, Pedang Setiawan, Raja Rimba. Aku baca gak komik-komik lain ni, tapi bagi aku yang paling best Pendekar Laut ni. Aku suka komik ni pasal jalan cerita dia yang ada kene-mengena dengan Politik, Percintaan (wajib), Ekonomi dan Sains. Dan setiap hikmat dalam cerita ni diterjemahkan secara terperinci dan ada sedikit logiknya. Taklah macam komik lain yang banyak melibatkan Dewa-dewa ..dah karut sangat aku rasa.

Antara Siri-siri Pendekar Laut

Banyak watak yang aku minat dalam komik ni, antaranya Pendekar Laut, Orga, Hitomi, Penjejak Neraka dan ramai lagilah. Dan banyak jugak hikmat-hikmat yang menakjubkan seperti Tinju Maut Pendekar Laut, Penyatupaduan Sel, Hikmat Asura dan pelbagai lagi hikmat yang buat aku ternganga hahahaha!

Penjejak Neraka (Antara karektor yang aku minat)

Sekarang, zaman komik ni pun dah berlalu. Yang ada hanya Safety Procedures, Safety Manual, Occupational Safety And Health Act 1994 dan Factory Machinery Act 1967 sebagai bahan bacaan (weeek). Nak buat camne? Perkara yang perlu kita buat untuk teruskan hidup : )

Tapi apa-apa pun, zaman komik Hong Kong memang atara kenangan paling best pernah aku lalui. Miss em all.

Tuesday 17 January 2012

Makan Malam Di IKEA

Haaaa ....mesti korang pelik kan? Tajuk makan malam di IKEA, tapi aku kat area Titiwangsa yang berlatar belakangkan KLCC. Hehehehe, sebenarnya ni aku bergambar kat satu frame gambar yang dijual di IKEA hehehehe!
Ni baru betul ...semalam aku makan kat cafeteria IKEA. Menu aku, chicken breast dengan sayur-sayuran. Cik Ziana plak makan meetball ngan fries macam gambar kat bawah ni :


Sedapkan dia membaham? Terdapat juga egg tart dan Mushroom Soup tambahan bagi hidangan kami. Secara keseluruhan penialaian aku :

Chicken Breast : 2 bintang (sebab dah sejuk)
Meat Ball : 3 bintang (sedap tapi sejuk gak)
Mushroom soup : 3 bintang setengah (suam dan rasa macam biasa)
Egg Tart : 3 bintang (memang rasa egg tart dan tiada yang istimewa)
Scenery : 4 bintang (cantik sebab nampak suasana senja dan shopping complex keliling)



Sedap ke tak sedap, aku makan gak sebab perut dah lapar hehehehehe ....




GAMES

Assalamualaikum ...hehehe! Lama tak memblog ni ...busy sket kat tempat kerja. Awal tahun kan? Sesapa yang pernah buat kerja-kerja pejabat tu taulah keadaan kat pejabat ni.

Tak sampai seminggu lagi aku akan berstatus 'Not Available'. Hehehe ...ntah ape akan jadik aku lepas ni? Aku akan berubah ke? Aku akan meninggalkan benda-benda yang aku suka buat ke? Adeh, tunggulah je masanya ...harap-harap semua berjalan lancar dan lagi best dari kehidupan bujang aku yang aku anggap paling best di dunia! Walaupun aku banyak melakukan pembaziran masa dan wang ringgit masa aku bujang, tapi aku tak rasa menyesal. Aku puas! Aku puas dapat benda yang aku suka!

Salah satu benda yang aku suka buat selain bermain bola sepak (best), bermain futsal (best sangat), berkaraoke (best) ,  menonton wayang (best), mengorat aweks yang susah nak ngorat (best sangat), melepak (best sangat-sangat), menonton EPL (best sangat), adalah GAMES!!!! (seperti tajuk di atas)


Aku rasa main GAME ni tak kisahlah PS3 ke, PC version ke, PSP ke, Androids Game ke boleh meRelaxkan kepala otak aku dari kekacauan dunia ni. Aku tak kacau orang, orang tak kacau aku. Aku Relax. Ni aku nak tunjukkan beberapa GAMES kegilaan aku satu ketika dulu dan aku amat rindukan saat saat itu :


Yup....FIFA dari EA Sports. Aku mula mengenali game ni sejak aku tingkatan empat. Masa tu tak silap aku FIFA 1996. Team-team Malaysia pun macam Selangor, Pahang, Terengganu pun ada masa tu. Ntah ranking ke berapa ntah Malaysia tahun tu sampai team-team negara kita ni ada dalam game FIFA. Paling best main game ni masa tahun 1998, masa ni aku kat UITM Shah Alam. Depan kolej Jati aku tu ada deretan rumah kedai (Seksyen 2), adalah dalam 10 buah Cyber Cafe (masa ni zaman Cyber Cafe tengah melonjak). Setiap C.C. (Cyber Cafe) yang aku masuk mesti ada orang challenge aku main game ni. Hahahaha ...dan kesepuluh-sepuluh Cyber Cafe tu berasa gentar apabila mendengar nama aku, Juara Tak Terkalah FIFA (macam tajuk komik hongkong plak) hehehehe. Yup, kisah benar. Atas kegilaan aku atas game ni, aku mengkaji dari setiap sudut corak permainan game ni sehingga bergelar Juara Tak Terkalah FIFA (sekali lagi?) Hahahhahaha! Dan aku masih main game ni sekarang kalau ada masa lapang, sekarang dah masuk FIFA 12, maksudnya dah 16 tahun dah aku main game ni. 16 Tahun!!!!




Hah! Ni lagi satu game yang membuat hidup aku rosak! Tapi aku suka! Kalau hidup aku tak rosak dulu, takdelah aku yang sekarang ni. Hehehehe! Pening kan?

FIFA Manager ni aku kenal masa tahun 1999. Dan pasal FIFA Manager ni gaklah aku menjadi manager kat  Cyber Cafe Abang Salim (bahagian kaunter bayaran). Dan FIFA ni jugaklah yang mendorong aku berhenti UITM Shah Alam. Ngeri kan? Pasal game je kita boleh buat keputusan yang drastik dan romantik.

Game ni aku suuuuuuuuka sangat! Game ni detail tentang latar belakang semua player yang ada. Dan lebih kepada tactical satu-satu perlawanan tu. Boleh jual beli pemain, secara tak langsung kita memang rasa diri kita ni menguruskan sebuah pasukan yang ternama. Bila dah rasa macam Pengurus, ape lagi nak belajar? Ye tak? Hahahaha!

Aku pernah tak tido tiga hari straight pasal layan benda ni. Aku siap Yahoo kan diri mencarik latar belakang player yang hebat-hebat masa tu (masa tu Google takde lagi).

Last sekali aku aktif main game ni tahun 2007, tak dapat nak teruskan sebab game ni memerlukan komitmen yang tinggi. Yelah, Manager kan? Terlalu sibuk dengan dunia kerja dan percintaan aku yang tak mendatangkan ape-ape (kalau aku tau, aku sambung main game lagi bagus) hahahaha! Tapi aku still suuuka sangat game ni and looking forward for some time and spaces to get involve again with this lovely, sweetie muah muah game!


FINAL FANTASY .....yepi yepi yepi ....Game yang aku kagum! Kaaaagum sangat ngan Grafik dia. Sampai aku tengok movie salah satu siri game ni, nenek aku ingat orang betul yang berlakon. Game ni aku kenal sekitar tahun 2003 (dah start kerja ngan Puncak dah ni). Maksudnya aku dah kenal game ni 9 tahun yang lepas.

Aku suka game ni sebab grafik dia dan jalan cerita dia. Kengkadang sampai 3 CD untuk habiskan game ni. Agak-agak korang la, tanpa panduan 'Cheat', berapa lama masa nak ambik untuk habiskan game ni? Percubaan pertama aku yang mengambil masa 12 jam sehari, aku berjaya menghabiskan game ni dalam masa 6 bulan!!!! 6 bulan you know??? Sekarang dengan bantuan Google yang dipenuhi dengan 'Cheat', aku rasa aku boleh habiskan game ni dalam masa 2 bulan setengah kot? Aku pernah beberapa kali ponteng kerja untuk habiskan beberapa misi dalam game ni.

Jalan cerita game ni yang penuh pengembaraan dari satu tempat ke satu tempat memang menarik minat aku. Dan ada juga kisah CINTA diselitkan yang melibatkan awek yang teramat cun dalam game ni sesuai dengan Polisi hidup aku ~ Setiap Hati Awek Yang Cantik Termasuk Awek Member Adalah Milik Aku~ 1995-2010, sebelum polisi ini di Review balik pada tahun 2011 kepada Polisi baru ~ Jangan Memburu Angin Yang Berlalu, Belajar Menyayangi Orang Yang Menyayangi Kita~ 2011. 


Aku tak dapat nak teruskan kegilaan game ni atas sebab yang sama, komitmen bertambah. Masuk tahun 2000 an ni, ada lagi beberapa game yang aku seronok main dengan geng-geng aku seperti Counter Strike, StarCraft, Ragnarok yang aku tak sempat aku ceritakan disini.

Gitulah serba sedikit cerita aku dengan GAMES yang pernah menemani hidup aku selama ini. Amat rindu saat-saat itu. Aku harap korang doakan supaya aku dan tunang aku akan hidup bahagia pada masa-masa akan datang dan dijodohkan hingga ke akhir hayat. Sayang kamu semua !!!

Note~Kalau ada rezekilah aku kaya, aku nak buat satu bilik hanya untuk gadget-gadget untuk GAMES aku je, hehehehehe!






Monday 9 January 2012

KERJA DAN TEMPAT KERJA

Khusyuk Bekerja

Kerja kerja dan kerja. Dah nak dekat 9 tahun dah aku kerja kat Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Yup, termpat kerja yang paling lama aku pernah kerja. Aku kerja kat Safety and Health Department. Aku rasa, bukan rasa tapi memang aku staff yang paling lama kat dalam Jabatan ni.

Boss aku dah 5 kali bertukar, ada yang kene buang, ada yang dipindahkan. So, tinggallah aku yang membawa khazanah-khazanah yang tinggal meneruskan kehidupan dalam department ni. Lepas 8 tahun kerja barulah aku merasa kenaikan pangkat, daripada Kerani kepada Kerani Kanan. Tak sabar rasanya aku nak habiskan Safety and Health Officer course aku kat Consist Training Centre. Mana tau ada rezeki aku kat mana-mana? Pastu aku cadang nak ambik degree. Memang satu pengorbanan yang besar dari segi masa dan kewangan. Tapi apa salahnya untuk masa depan yang lebih baik? Betul tak? Insya Allah. Harap-harap dikuatkan semangat aku ni.

Sebelum ni dah macam-macam kerja dah aku buat, kerja buruh bina-binaan, KFC, Bumiputera Commerce Bank, restoran makan, driver, promoter dan keje yang paling aku suka sebelum ni adalah Cikgu Sandaran Yang Hensem : ) Aku memang suka layan budak-budak, so sambil bermain ngan diorang, aku bleh tengok sejauh mana pencapaian diorang dalam akademik. Kalau diorang berjaya, maksudnya aku pun berjaya. Bermacam-macam teknik mengajar yang aku buat sampai Guru Besar pun takleh terima teknik aku. Tapi Alhamdulillah, tahun yang aku mengajar tu semua keputusan akademik meningkat. Dan rumah sukan yang aku bimbing, dulunya selalu di tangga tercorot, tahun tu dapat no. 2. Okay what?



Gambar-gambar masa jadik Cikgu Sandaran Yang Hensem/ Great Teacher OnizuKen

Memang aku nak teruskan kerjaya aku sebagai cikgu, aku dah siap hantar borang nak masuk Maktab. Tapi permohonan aku ditolak, tahun yang aku apply tu memang beribu orang yang apply nak jadik cikgu. So terkuburlah cita-cita aku yang murni untuk menaikkan taraf pendidikan anak bangsa aku sendiri.

Workstation Aku Sekarang

So, masuklah aku kat syarikat aku sekarang ni. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat dengan apa yang telah ditetapkan olehNya. Moga-moga hari-hari yang akan datang akan bertambah baik. Insya Allah ada jalannya.....



Sunday 8 January 2012

GLORY GLORY MAN UNITED!!

Yeah! Tak sia-sia aku tengok game derby antara Manchester United vs Manchester City malam tadi. Agak goyang gak perasaan aku selepas 2 kekalahan berturut-turut. Tapi sebagai penyokong the Red Devils yang setia, hati aku tak berubah. Aku yakin dengan percaturan Sir Alex.

Manchester United tewaskan Manchester City 3-2 hasil 2 jaringan Wayne Rooney dan Danny Wellbeck. Yang bestnye game malam tadi, kembalinya Legend, Paul Scholes!!!! Yeah ...walaupun tak sepantas dulu namun aura dia len macam sikit. Nak lagi best? 2 orang lagi legend M.U. turut datang menyaksikan kekalahan M.C.. Sape? Hehehe ...Kapten lama, En. Roy Keane kita dan sorang daripada geng Class of 1992, Abang David Beckham. Pergh ...ingat2 balik zaman Beckie, Giggsy dan Scholesy bersama!

Game seterusnya ....vs Liverpool. Just bring it!!!!

ROMBONGAN MEMANCING MANCING


7 Januari 2012-8.30 malam
Lokasi : Joran Terjun Kemensah

Untuk mengisi masa yang terluang pada malam minggu, selepas penat seharian dok dalam kelas, aku membuat keputusan untuk menukar tempat lepakku malam tu. Lagipun malam ni, takde game M.U. So adala masa aku untuk menyedut udara di kawasan lain.

Dengan bertemankan si Pijol, aku pun melencongkan kereta aku ke arah Zoo Negara dan terus ke kawasan perkampungan orang asli yang dinamakan Kemensah. Pergh, banyak dah kemajuan dalam kampung ni sejak first time aku datang 14 tahun yang lepas. Chalet-chalet dan sungai dihiasi dengan cantik sekali sebagai tarikan pelancong. Jangan terperanjat dalam hutan ada dengar orang menyanyi. Bukanlah makhluk halus yang menyanyi, tapi geng-geng orang asli mengadakan sesi buang kahak atau nama saintifiknya berkaraoke. Yup, dah siap ada set karaoke dah dalam hutan tu. Bergema satu hutan dengar bermacam-macam suara yang keudara. Barulah asli.

Sampai ke penghujung jalan, maka terletaklah kolam memancing yang aku tujui. Kolam Joran Terjun. Kolam nilah yang Awie, Afdlin, A.C dan Hans berlakon dalam cerita Baik Punya Cilok tu. Macam-macam pengalaman aku kat kolam ni, pengalaman kelakar, seram, kecewa dan gumbira. Hehehe ..tersengih bila ingat pengalaman-pengalaman tu. Mcm2 gelagat pemancing dah aku tengok dan macam-macam jenis umpan dah aku pakai kat kolam ni. Kira kolam ni macam makmal la bagi kitorang mencampur adukkan bahan-bahan umpan. Sampai kadang-kadang tu, rasa macam buat kuih raya pulak.

Aku ingat lagi masa mula-mula datang sini, ada anak-anak tokey kolam ni jalan keliling kolam untuk ambik order makanan. Minggu pertama kitorang makan nasik lemak, masuk minggu kedua anak-anak tokey tu datang lagi untuk ambik order. "Bang, nak order makan? Minggu ni ada nasik lemak special!!!" . Terliur dengan offer adik-adik tu, kitorang pun order sorang satu nasi lemak SPECIAL! Dalam beberapa minit, adik-adik tu datang balik bawak makanan yang di order. Kitorang pelik sebab nasik lemak yang sampai bukan nasik lemak "SPECIAL"! . Aku pun bertanya " Dik, kitorang order nasik lemak special ...adik salah hantar ni". Dengan muka tak bersalah adik tu menjawab " Betul la bang, nasik lemak special la tu". Aku tak puas hati, aku tanya lagi " Apa yang specialnye? Biasa je?". Adik tu menjawab lagi " Cuba abang tengok betul-betul, kan ada telur tu? Nasi lemak biasa takde telur". Aku dengan Kedek pandang sesama sendiri dan mengangguk-anggukkan kepala bererti  kami faham sekarang. Hahahaha! Sepanjang memancing tu kitorang asyik tersengih je mengenangkan ke"Specialan" nasik lemak Joran Terjun. Budak tu yang dulu kecik, dah besar dah sekarang. Dah pakai bra dah untuk menampung nasik lemaknya yang membesar tu hehehehe!

Aku gi sini bukan nak mancing pun, saje nak lepak2 tengok si Kedek dan Mirul mancing. Lagipun poket tengah koyak. Aku ingat aku ngan Pijol je lepak tengok diorang, rupa-rupanya ramai plak yang jadik penyokong diorang. Hancai dan Intan, Joe dan Erni, Rizal dan Lin semua ada malam tu. Aku berpasangan dengan Pijol hahahaha! Gila gayboy! 8 orang penyokong untuk Kedek dan Mirul. Tapi malangnya malam tu takde luck. Resipi umpan yang digunakan tak dapat menarik perhatian ikan yang aku rasa tinggal 2-3 ekor je dalam tu. Aktiviti memancing selesai jam 12 malam, maka pulanglah kami ke markas kami, Restoran Bunga Emas.

Untuk menghilangkan rasa keciwa, maka startlah sesi teka-teki yang memecahkan perut aku. Satu teka teki yang Lin bagi " Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh alih" ...tiba-tiba si Mirul menjawab dengan muka yang Super Bodohnya, "kotak parking!". Entah kenapa aku rasa terlalu kelakar jawapan tu sampai aku gelak sampai menangis. Bebudak pun gelak menangis tengok cara aku gelak. Maka terhapuslah perasaan keciwa tak dapat ikan pada malam tu.

Bagi mengelakkan aku tidur dalam kelas pada esok hari, aku mengangkat kaki dari markas jam 2.00 a.m. Malam yang relax dan best! Looking for this week activity.

Thursday 5 January 2012

Sesi Makan Tengahari Bersama Anoit


5 Januari 2012 - Sesi makan tengahari bersama Anoit Di SWAN Office, Glenmarie Shah Alam

Lama dah tak jumpa kawan aku yang bernama Anoit ni (baju pink tak bertudung). Mesti korang pelik dengar nama dia kan? Sebenarnya nama sebenar dia adalah Nor Atiza Bt. Akil. Aku yang gelarkan dia Anoit sebab dulu dia selalu gelar aku 'Annoying' sampai aku kena bukak kamus cari apa makna 'Annoying' tu. Satu lagi gelaran aku bagi kat dia adalah Perempuan British dan Stephanie! Hahahaha! Sebab dia suka pakai skirt kembang ala-ala British.

Anoit ni adalah antara kawan pompuan yang paling rapat ngan aku termasuk sorang kawan aku lagi sorang kat Bangi tu, Yan Jepun (Norazean Harun). Ye, kawan-kawan pompuan aku ni kira best friend akula. Diorang tempat aku mengadu, banyak rahsia yang awek(present),aweks (plural) dan aweked (past tense) tak tahu pun aku cerita kat diorang ni. Nape best friend aku pompuan? Haaa ...sebenarnya aku memang suka berkawan ngan pompuan. Bukan bermaksud aku lembut. Sebenarnya aku suka kawan dengan perempuan ni sebab senang berkongsi cerita. Nak-nak bila ada masalah dengan awek, aweks dan aweked aku.

So, aku rasa pandangan dari pihak perempuan lagi banyak membantu kerana mereka juga adalah spesis yang sama dengan awek, aweks dan aweked aku. Bukan aku takde best friend laki, best friend laki aku pun ramai! Cuma dalam kes-kes special kita perlukan kaum hawa dalam penyelesaian masalah hati dan jiwa. Ceeewaaaah.

Bahayanya adalah, kengkadang awek, aweks dan aweked aku rasa cemburu bila aku kuar ngan diorang ni. Sebab tu awal-awal kita kena bagitau awek, aweks dan aweked kita dengan siapa kita berkawan.

Panjang sangat plak aku punya penerangan. Berbalik pada sesi makan tengahari ni, aku dan bakal tunang aku yang tengah baca ni, (tau dah tau dah tau dah) gi jumpa si Anoit ni makan tengahari kat bawah opis dia. Lama tak jumpa, tapi tak dapat borak lama sebab jalan jem. Sotong goreng yang kitorang target takde!!!! Keciwa. Aku bantai makan nasi lauk ayam panggang, ngan sayur masak lemak tempoyak dan tempe!!!

Yang bestnye 2 hari lepas aku cakap nak makan kat tempat dia, Anoit suruh aku belanja. Aku cakap ok. Tapi hari ni aku call, aku suruh dia belanja, dia pun cakap OK. Hahahaha! Dia dah lupa...so dapatla aku makan free lalalalaa .....

Dah selesai je makan, balik la aku ngan bakal tunang aku ke opis. Ya Allah, korang tak tau penangan lemak tempoyak ni. Aku bleh duduk kat tempat aku sambil tak buat apa-apa selama 45 minit. Bukan main ngantuk lagi!!!!!

Tuesday 3 January 2012

HARI ORANG BUJANG BEKERJA


Hari ni startlah bebudak sekolah menyarung baju sekolah baru dan kasut sekolah baru. Ada jugak yang bertukar ke sekolah baru dan dapat cikgu baru. Tak kurang dengan mak bapak yang terpaksa bangun seawal pagi untuk menyiapkan anak-anak mereka.

Aku bajet-bajetla jalan mesti jem dalam lingkungan jam 6.45 a.m sehingga 7.30 a.m. So, aku mengambil keputusan drastik untuk gerak dari rumah jam 7.45 dengan harapan kesesakan lalulintas telah reda. Alhamdulillah, ramalanku benar belaka. Jalan cantek sampai ke pejabat aku yang terletak 17 kilometer dari rumah sewaku.

Sepanjang perjalanan aku dok ushar kereta-kereta yang seperjalanan dengan aku. Ramai yang muda-muda je yang memandu ke tempat kerja. Confirm diorang ni bujang, tak kawen lagi atau dah kawen anak kecik lagi. Adalah 2-3 orang yang berusia yang sedang memandu, ni confirm2 anak diorang dah besau atau bujang lapok or andartu terbilang.

Yang penting, aku sampai pejabat, banyak lagi parking kosong. So takyahlah aku nak berjalan jauh-jauh untuk parking membakar lemak kesayangan aku ni. Best!!!! 

6 JAM PENCARIAN

Kuala Lumpur, ibukota yang tak pernah senyap dari kesesakan tidak kira manusia atau kenderaan.
Bangunan-bangunan lama yang masih utuh ditengah-tengah bandaraya.

Maka disinilah perjalanan aku bermula. Pencarian untuk mencarik barang-barang pertunangan aku tak lama lagi, adeh. Dengan penat tak cukup tidurnya sebab BBQ ngan geng Wangsa Maju malam tadi, ku kuatkan jua mengorak langkah mengharungi kesesakan di Kay Ell.


Jalan sambil tidur (salah satu kepakaranku)

Setelah memarkir kenderaan di Semua House, aku dan bakal tunang aku pun mula berjalan sepanjang-panjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan area Masjid India. Target barang yang nak dibeli : Tudung, Lollipop satu balang, langsir dan kain untuk pelamin mini. Dari satu kedai-ke satu kedai, dari satu gerai ke satu gerai. kitorang berjalan. Hampir 13 kilo lemak aku terbakar, barulah jumpa tudung yang dicari2. Sambung perjalanan ...jumpa lagi langsir dan kain pelamin mini yang dicari.


Jalan yang diterokai.

Antara Kedai yang disinggah.


Harga Barangan di Nagoya

Happy kan beliau?

Aku pulak?


Ye, seperti biasa ....dan ..


Tidur lagi ...dimana-mana pun boleh...

Selepas 6 jam berjalan, barulah selesai sesi pembelian. Tinggal 1,2 barang je yang tak carik lagi. Dan akibat kepenatan ...kami rewardkan diri masing masing seperti gambar di bawah :

Nasi Goreng Ayam Bunga Emas yang tiada tolok bandingnya (hahahaha)

Sesi berjalan-jalan 6 jam dah selesai, sume barang dah dapat. Alhamdulillah ...cuma tunggu hari kejadian sahaja. Insya Allah. Doakan segala-galanya berjalan lancar ye?

Dan akhir sekali, aku menerima padah atas kejadian yang berlaku hari ini. Inilah padahnya .....

ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZ.....