Wednesday 16 May 2012

KAK MASITOH OH KAK MASITOH!

Kak Masitoh adalah nama yang sinonim dalam hidup aku kat Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sebagai kerani lapok. Kak Masitohla tempat aku nak bergaduh, beli keropok dan paling penting, tempat aku nak pow duit dikala pertengahan bulan.

Pada satu tengahari yang membosankan, aku belek-belek la android aku yang dah berusia setahun lebih ni, terjumpa plak dalam banyak-banyak gambar WhatsApp secebis gambar En. Pijol dengan gaya bertudung penuh. Tergelak sendirian aku di kerusi pejabat yang hampir bobos (bukan sebab berat badan aku eh?).

Tiba-tiba membran-membran dalam otak aku seperti dicas ...tzzz! tzzzzz!tzzzzzz ... Dan tangan kanan aku pantas  mencapai 'mouse' dan  'cursor' ditujukan terus ke software 'Paint' dan 'Powerpoint' ( dua tu je la software paling canggih untuk buat keje kat opis aku). Dalam masa 15 minit maka terhasillah sebuah Masterpiece yang tulen. Potret yang penuh makna dan sensasi ....aku tersenyum ...seolah-olah karya seni aku ini telahpun diiktiraf berabad-abad lamanya dan disanjung oleh setiap penududuk masyarakat dunia.

Nah ...hasil seni paling halus pernah aku cipta ....


Aku berjaya menggabungkan kehalusan potret Kak Masitoh dan kekasaran potret En. Pijol dan ditambahkan dengan soalan paling sukar dalam dunia.

Nah! Karya Agung yang tak tertanding ini aku serapkan kedalam WhatsApp untuk dikongsi oleh semua lapisan masyarakat.

Perasaan gumbira, terharu tidak terkata apabila Karya Agung ini dapat diterima semua dengan titisan air mata tidak berhenti dan hingus srot srot terkeluar sambil terguling-guling menandakan betapa happynya mereka ini.

Aku harap Karya Agung ini diabadikan dalam kenangan masyarakat dunia.

Wednesday 9 May 2012

KUCH KUCH HOTA HAI


Perrrghhh ....Legend! Aku hanya boleh cakap Legend je pasal cerita ni. And nothing else matter.

Tak sempat2 malam tadi selepas abes futsal, dan selepas menyumbat 7 gol (yang dah lama aku tak buat), berdesup aku meninggalkan gelanggang futsal sebab nak tengok cerita Legend ni kat TV2 semalam.

Bukak2 tv je dah dengar lagu sedih ...siot btul laaaa ...baru placing badan depan tv dah bergenang air mata aku. Aku cuba placing muka tak mengadap member serumah aku, supaya tak tercalar kejantanan aku. Tangkaaaaaap ....cerita ni memang tangkaaaaap jiwa aku dan setiap saluran darah dan pernafasan aku. Kalau tak kerana member aku ada sebelah dah meraung-raung dah aku tengok cerita ni. Kuch Kuch Hotak Hang la cerita ni!!!!!

Mana taknye, cerita ni kuar tahun 1998. Time tu zaman-zaman ke- Hero an aku la. Nak dijadikan cerita, jalan cerita dia melibatkan 3 hati. Sebijon!!!! Sebijon wa cakap lu dengan keadaan gua masa tu!!!! Tu yang tak bley tahan tengok cerita ni. Teringat kisah-kisah lama. Tapi ending cerita tu tak sama la dengan yang aku lalui sekarang.

Kedua-dua hati tu pun, sorang dah jadik bini orang plus anak dua, sorang lagi dah nak jadik bini orang tak lama lagi.

Pepehal, aku memang tak bley lupakan kenangan-kenangan terindah tersebut. Aku doakan yang terbaik untuk diorang.

Kuch Kuch Hota Hai memang LEGEND beb. Maksudnya? " Ada Sesuatu Berlaku Di Dalam Hati Ini"  Damn!!!!