Thursday, 15 November 2012

PNSB Walk Hunt 2012 & Pakaian Seragam

Huh! Sakit perut aku tak hilang-hilang lagi, tapi hari ni bersamaan 10 November 2012, ada acara Walk Hunt kat opis aku. Takkan aku nak kecewakan team 'Cakar Tiger' aku?

Dengan semangat seorang shinobi, kesungguhan jinchuuriki, aku tabahkan jugak diri drive ke opis. Dalam perjalanan ke opis, pelbagai cara aku cuba untuk mengunci musang berekor sembilan dalam perut aku yang bergolak-golak ni, alhamdulillah ...sampai gak.

Walk Hunt ni lebih kurang mcm treasure hunt gak la, cuma sebab ada perkataan Walk, so game ni kita perlu berjalan. Napela tak letak Car Hunt ke, Motorcycle Hunt ke, takde la aku nak menapak dengan perut aku yang memulas-mulas ni.

Untuk pengetahuan korang, aku memang tak pernah masuk game yang ada hunt-hunt ni, so ni first experience aku la. Team aku yang pertama sekali hantar borang penyertaan hari tu. Hari ni aku pulak orang yang pertama sampai untuk daftar kehadiran team Cakar Tiger aku. Cahaya kemenangan dah berterbangan kat atas kepala aku. Haaa....nampak tak? nampak tak?

Kay, ni aku kongsi sikit gambar-gambar sekitar walk hunt hari tu.

Team 'Cakar Tiger' (team aku la ni)
Team berpakaian ala-ala nelayan ni Champion taun lepas, taun ni? hancur!
Team yang rasa diri cam artis ni ada hati nak memberi cabaran? Phui!hahaha!
Haa ...Team ni ada ala-ala Miss World (kunun)
Team yang dapat no. 4 (boleh percaya ke? takde muka kemenangan langsung!)
Team Tadika Kemas
Team dari SYABAS, Liverpool? Confirm la kalah.
Seorang ahli Cakar Tiger bergambar dengan 2  gadis tempatan
Walk Hunt ni abes pukul 3.30 siap penyampaian hadiah. Team aku menang ke tak? Tengokla gambar yang first tu .... muka-muka kemenangan kan tu semua? Tepat sekali! Dalam ranking 10 terbaik pun kitorang tak masuk! Memang objektif tahun ni untuk tinjau-tinjau camne permainan dimainkan. Tahun depan, kitorang grab!!!!

No comments:

Post a Comment