Wednesday, 9 May 2012
KUCH KUCH HOTA HAI
Perrrghhh ....Legend! Aku hanya boleh cakap Legend je pasal cerita ni. And nothing else matter.
Tak sempat2 malam tadi selepas abes futsal, dan selepas menyumbat 7 gol (yang dah lama aku tak buat), berdesup aku meninggalkan gelanggang futsal sebab nak tengok cerita Legend ni kat TV2 semalam.
Bukak2 tv je dah dengar lagu sedih ...siot btul laaaa ...baru placing badan depan tv dah bergenang air mata aku. Aku cuba placing muka tak mengadap member serumah aku, supaya tak tercalar kejantanan aku. Tangkaaaaaap ....cerita ni memang tangkaaaaap jiwa aku dan setiap saluran darah dan pernafasan aku. Kalau tak kerana member aku ada sebelah dah meraung-raung dah aku tengok cerita ni. Kuch Kuch Hotak Hang la cerita ni!!!!!
Mana taknye, cerita ni kuar tahun 1998. Time tu zaman-zaman ke- Hero an aku la. Nak dijadikan cerita, jalan cerita dia melibatkan 3 hati. Sebijon!!!! Sebijon wa cakap lu dengan keadaan gua masa tu!!!! Tu yang tak bley tahan tengok cerita ni. Teringat kisah-kisah lama. Tapi ending cerita tu tak sama la dengan yang aku lalui sekarang.
Kedua-dua hati tu pun, sorang dah jadik bini orang plus anak dua, sorang lagi dah nak jadik bini orang tak lama lagi.
Pepehal, aku memang tak bley lupakan kenangan-kenangan terindah tersebut. Aku doakan yang terbaik untuk diorang.
Kuch Kuch Hota Hai memang LEGEND beb. Maksudnya? " Ada Sesuatu Berlaku Di Dalam Hati Ini" Damn!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang legend! semua orang suka sangat cerita ni. malam tayang cerita ni, semua dok update status dekat FB layan kuch kuch hota hai~
ReplyDeleteHehehehe! Terbaek! Waaaaaa!!!!
ReplyDelete