Sunday, 29 April 2012
The Biggest Derby Of All Time
Masanya telah tiba ....bertekad bersemangat ...capai cita murnimu ..rakan muda ..Eh? Ape kene mengene ngan tajuk ni? Hahahaha!
Inilah masanya! Masa dimana dua kelab daripada Manchester bertemu untuk membuktikan siapakah kelab terbaik Manchester. Masa yang menentukan dimana trofi Barclay Premier League akan berada pada penghujung musim ni. Masa yang akan membuktikan siapa Pengurus terbaik pada musim ini. Masa yang akan menyaksikan mata aku bengkak-bengkak merah sebab menahan mengantuk tengok game yang akan dimainkan pukul 3 pagi ini.
Tiada siapa yang boleh menghalang aku untuk menonton perlawanan yang mendebarkan ini. Walau ditakdirkan Singa di Zoo Negara terlepas dan cuba menerkam aku di kedai mamak ketika game ni, akan aku lututkan otak si Singa tersebut. Jangan ganggu aku!!!!
Kita tunggu dan lihat ....
Selamanya United!!!!
Wednesday, 4 April 2012
LEMONADE FOR SALE!!! FROM DAMIA HANNAH!
"Arghh ...Dah lambat ni! Nak Pakai Kasut Ape ni?" |
"Errmmmh....salah kasut pulak!!!" |
"Kasut ni okay tak?" |
"Nampak macam cantik? Try test tengok!" |
"Macam okay je ....boleh lah ...karang lambat pulak ..orang ambik tapak abes aku" |
"Nasib baik sempat sampai ..,preparation dulu sebelum berniaga" |
"Cuci cuci cuci dulu ...." |
"Alhamdulillah ...dah dapat doploh hengget" |
"Yes!!! Cecah target! Tiga ploh hengget!!!!" |
"Time to balik! Dapatla kumpul duit sikit2 nak sponsor dewan Pak Long aku kawen nanti hehehe!" |
Hehehehe! Terima kasih anak buahku Damia Hannah ....ni la anak buah aku Damia Hannah. Dah besar kan? Baru setahun lebih je tapi cerdik bebenor. Sebenarnye ni projek adik aku, Nur Atiqah Aisyah. Dia nak masuk pertandingan fotografi peringkat sekolah yang bertajuk "Kanak-kanak dan Wang". Ntah camne la sekolah dia bagi tajuk camni? Damia Hannah menjadi model utama bagi projek adik aku.. (nak amek Hanis Zalikha mahal sangat payment).
Damia Hannah yang sangat comel ini berjaya memainkan peranan sebagai seorang penjual Lemonade di peringkat mukim Setapak. Hehehehehe! Gitulah ceritenye ....
Tuesday, 3 April 2012
Misi Memburu RM 50K di Titiwangsa Selama 4 Jam 15 Minit
Perrrgghh!!!! Lama gila tak memancing!!! Joran, Mesin, Mata Kail, Kotak, Tangguk, semua dah berabuk.
Sebaik saja dapat berita daripada En. Kedek a.k.a Zayman yang memaklumkan bahawa ada pertandingan memancing yang menawarkan hadiah RM 50,000 kepada pemenang, aku terus menyelongkar semua peralatan memancing. Mana tau ada rezeki aku nak kawen ni? Hehehehe ..
Pendaftaran bukak pada 31 Mac 2012 jam 2.00 petang. Pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Planet Joran ni siap offer 5 bas bagi peserta dari Kuantan. Tengok je la yang datang mendaftar.
Aku antara peserta terawal la kalau nak dikatakan. Antara 500 yang terawal yang dapat T-Shirt. Tapi pasal pengurusan yang kurang berpengalaman, masa mendaftar je kulit aku hampir hangus Slow sangat, peserta dah beribu beratur. Dengan panas, sesak nafas, bau-bauan terlarang ..adoyai ...baru register dah seksa.
Dekat 45 minit menunggu, muka aku pun berubah sebab masih belum sampai ke meja pendaftaran. Lepas 1 jam setengah barulah dapat meregisterkan nama aku untuk pertandingan tu.
Di hari kejadian ......hari pertandingan la ...
Penyediaan umpan dimulakan ....pelbagai bahan kimia merbahaya digunakan tanpa mengira akibatnye .. En. Kedek menggoncangkan roti sedap dengan bahan perasa strawbery ...
Antara bahan kimia merbahaya yang digunakan dalam memburu RM 50K ...Dedak Bomb, Dedak Teknologi Jepun, Perasa Strawbery, Perasa Vanila, Perasa Cacing Tanah, Roti Gardenia Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja dan macam-macam lagi ....
Diri sendiri juga perlu disiapkan dengan nasi lemak secukup rasa bagi memastikan tenaga yang mencukupi untuk memulakan misi mustahil ini...
Matahari dah mula naik. Port 'Pulau' yang aku pilih, antara port rebutan orang ramai. Aku antara yang bertuah dapat port ni. Tapi agak pelik sebab pertandingan start pukul 8.45 a.m. Kebiasaannye pertandingan lain start pukul 8.00 a.m. Dari kajian yang aku buat, ikan-ikan ni kuat makan jam 7.30 a.m hingga 9.00 a.m pagi. Dan ikan-ikan ini kemudian sambung keluar lunch untuk makan sekitar jam 12.15 hingga 1.00 (45 minit je lunch). Makan malam jam 6.30p.m hingga 7.45p.m sebelum makan lewat malam jam 11.00 hingga 12.00 malam.
Pertandingan bermula!
Umpan Roti Gardenia menjadi pilihan pertama aku. Tanpa sebarang perisa tambahan, aku yakin ...kerana Roti Gardenia sungguh enak dimakan begitu saja.
Aksi Gegar ...tulisan yang terdapat dibelakang T-Shirt yang diberi. Memang bergegar aku tunggu ikan nak makan umpan ni. Tengah-tengah tunggu tu dapatla satu flyers pertandingan memancing lagi macam kat bawah ni....
Amboi ...RM 50 K lagi ...tapi kat Kuantan la plak ....Tetiba En. Kedek tergelak ...dia suruh aku baca moto kat bawah flyers tu ...
Faizal Joran? Sape pulak Faizal Joran ni? Kitorang tergelak beramai-ramai! Tak pasal-pasal nak kene ingat Faizal Joran pulak masa memancing! Wak Jali pun tak pernah suruh orang ingatkan dia. Kenal pun tidak camne nak ingat???
Masa berlalu ....ikan tak makan-makan umpan lagi ...jangankan makan umpan, langgar tali pun tidak! Tengah boring-boring tu aku snap la gambar-gambar keadaan sekeliling yang sunyi sepi.
En. Kedek dan En. Fik tekun menunggu ....dan menunggu ...
Dan menunggu ....
Aku rasa 15 gelen air kitorang minum haritu sebab kepanasan yang luar biasa ...
Akhirnya ....baling umpan tarik umpan ...baling umpan tarik mata kail ....baling umpan tarik pancing orang lain ....baling umpan tarik takde mata kail ....itu sahaja yang kitorang dapat hari tu sampailah ke jam 1.00 tengahari ....POOOON! Bunyi wisel penamat ...kekecewaan di setiap muka terserlah. Penaaat sangat!
Mungkin belum rezeki kitorang hari tu. Cik Ziana siap berangan nak gi umrah lagi dengan duit kemenangan tu. Sorryla Cik Ziana ...mungkin pada masa-masa akan datang.
Keputusan nombor 1 hingga 3 semua patin. Manakala ranking yang ke - 40 hanya 220 gram. Maksudnya kalau aku naik ikan talapia besar tapak tangan pun dah confirm dapat duit. Tapi tak dapat gak, Allah lebih mengetahui. Mungkin ramai lagi yang memerlukan daripada aku.
Aku takkan berputus asa. Looking forward for next tournament. Jaga-jaga ikan semua!!!!!
"INGAT MEMANCING INGAT FAIZAL JORAN" hehehehehe!

Subscribe to:
Posts (Atom)