Tuesday, 3 April 2012

Misi Memburu RM 50K di Titiwangsa Selama 4 Jam 15 Minit

Perrrgghh!!!! Lama gila tak memancing!!! Joran, Mesin, Mata Kail, Kotak, Tangguk, semua dah berabuk.

Sebaik saja dapat berita daripada En. Kedek a.k.a Zayman yang memaklumkan bahawa ada pertandingan memancing yang menawarkan hadiah RM 50,000 kepada pemenang, aku terus menyelongkar semua peralatan memancing. Mana tau ada rezeki aku nak kawen ni? Hehehehe ..

Pendaftaran bukak pada 31 Mac 2012 jam 2.00 petang. Pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Planet Joran ni siap offer 5 bas bagi peserta dari Kuantan. Tengok je la yang datang mendaftar.


Aku antara peserta terawal la kalau nak dikatakan. Antara 500 yang terawal yang dapat T-Shirt. Tapi pasal pengurusan yang kurang berpengalaman, masa mendaftar je kulit aku hampir hangus Slow sangat, peserta dah beribu beratur. Dengan panas, sesak nafas, bau-bauan terlarang ..adoyai ...baru register dah seksa.


Dekat 45 minit menunggu, muka aku pun berubah sebab masih belum sampai ke meja pendaftaran. Lepas 1 jam setengah barulah dapat meregisterkan nama aku untuk pertandingan tu.

Di hari kejadian ......hari pertandingan la ...


Penyediaan umpan dimulakan ....pelbagai bahan kimia merbahaya digunakan tanpa mengira akibatnye .. En. Kedek menggoncangkan roti sedap dengan bahan perasa strawbery ...


Antara bahan kimia merbahaya yang digunakan dalam memburu RM 50K ...Dedak Bomb, Dedak Teknologi Jepun, Perasa Strawbery, Perasa Vanila, Perasa Cacing Tanah, Roti Gardenia Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja dan macam-macam lagi ....


Diri sendiri juga perlu disiapkan dengan nasi lemak secukup rasa bagi memastikan tenaga yang mencukupi untuk memulakan misi mustahil ini...


Matahari dah mula naik. Port 'Pulau' yang aku pilih, antara port rebutan orang ramai. Aku antara yang bertuah dapat port ni. Tapi agak pelik sebab pertandingan start pukul 8.45 a.m. Kebiasaannye pertandingan lain start pukul 8.00 a.m. Dari kajian yang aku buat, ikan-ikan ni kuat makan jam 7.30 a.m hingga 9.00 a.m pagi. Dan ikan-ikan ini kemudian sambung keluar lunch untuk makan sekitar jam 12.15 hingga 1.00 (45 minit je lunch). Makan malam jam 6.30p.m hingga 7.45p.m sebelum makan lewat malam jam 11.00 hingga 12.00 malam.


Pertandingan bermula!


Umpan Roti Gardenia menjadi pilihan pertama aku. Tanpa sebarang perisa tambahan, aku yakin ...kerana Roti Gardenia sungguh enak dimakan begitu saja.


Aksi Gegar ...tulisan yang terdapat dibelakang T-Shirt yang diberi. Memang bergegar aku tunggu ikan nak makan umpan ni. Tengah-tengah tunggu tu dapatla satu flyers pertandingan memancing lagi macam kat bawah ni....


Amboi ...RM 50 K lagi ...tapi kat Kuantan la plak ....Tetiba En. Kedek tergelak ...dia suruh aku baca moto kat bawah flyers tu ...


Faizal Joran? Sape pulak Faizal Joran ni? Kitorang tergelak beramai-ramai! Tak pasal-pasal nak kene ingat Faizal Joran pulak masa memancing! Wak Jali pun tak pernah suruh orang ingatkan dia. Kenal pun tidak camne nak ingat???


Masa berlalu ....ikan tak makan-makan umpan lagi ...jangankan makan umpan, langgar tali pun tidak! Tengah boring-boring tu aku snap la gambar-gambar keadaan sekeliling yang sunyi sepi.


En. Kedek dan En. Fik tekun menunggu ....dan menunggu ...


Dan menunggu ....


Aku rasa 15 gelen air kitorang minum haritu sebab kepanasan yang luar biasa ...


Akhirnya ....baling umpan tarik umpan ...baling umpan tarik mata kail ....baling umpan tarik pancing orang lain ....baling umpan tarik takde mata kail ....itu sahaja yang kitorang dapat hari tu sampailah ke jam 1.00 tengahari ....POOOON! Bunyi wisel penamat ...kekecewaan di setiap muka terserlah. Penaaat sangat!

Mungkin belum rezeki kitorang hari tu. Cik Ziana siap berangan nak gi umrah lagi dengan duit kemenangan tu. Sorryla Cik Ziana ...mungkin pada masa-masa akan datang.

Keputusan nombor 1 hingga 3 semua patin. Manakala ranking yang ke - 40 hanya 220 gram. Maksudnya kalau aku naik ikan talapia besar tapak tangan pun dah confirm dapat duit. Tapi tak dapat gak, Allah lebih mengetahui. Mungkin ramai lagi yang memerlukan daripada aku.

Aku takkan berputus asa. Looking forward for next tournament. Jaga-jaga ikan semua!!!!!

"INGAT MEMANCING INGAT FAIZAL JORAN" hehehehehe!

2 comments:

  1. hahaha...sape tu faizal joran? rajin ye la memancing.. macam boring je pergi mancing ni~

    ReplyDelete
  2. Ntahla ..sampai hari ni kitorang dok bincang ..sape faizal joran ni sebenarnye hehehehe ....Mancing Boring? Sebenarnye memancing ni dapat memupuk kesabaran dalam hati setiap insan di samping berfikir tentang alam sekitar yang dicipta oleh Allah yang Maha Esa ..ceeewah ...

    ReplyDelete