Thursday, 29 December 2011

BERJALAN-JALAN MENCARIK TV BERSAMA KEDEK DAN PIJOL


Haaa ...tengok! tengok! Kejap aku kat dalam hutan ....pastu tetiba aku kat kawasan pergunungan. Pantas sungguh aku bergerak dalam sedetik dan masih boleh mengukir senyuman tatkala orang lain termengah-mengah!
Hahahaha! Sebenarnya aku kat kedai TV dengan Taman Sri Gombak. Balik je dari follow-up medical check-up, aku terus gi makan kat Restoran Bunga Emas ...restoran yang turut sama membesarkan aku dalam tempoh 12 tahun hingga sekarang. Tengah lepak makan nasi berlauk kari kambing, datang plak sorang Indian Uncle ni dok depan aku bercerita pasal politik. Anuar demikianlah, Najib begitulah. Aku dah la tak minat politik-politik ni, selagi masih mengamalkan demokrasi yang tak telus, selagi tulah aku malas nak ambik tau pasal politik.

Nasib baiklah tetiba Kedek dan Fizul (geng lepak aku) sampai. Kalau tak dah bernanah dah telinga aku ni dengar Uncle ni cerite. Kedek pun menyuarakan hasratnya untuk menyambar TV baru untuk rumah baru dia. Dengan pantas aku panggil kira dan cepat-cepat kitorang naik kete aku ke Taman Sri Gombak, kedai peralatan elektrik U & Me.

Ni lah si pembeli tv dengan uwang yang banyak, En. Kedek .

Daripada harga RM 1,600 yang terpampang dapat kurang sampai RM 1,000 (dapat DVD player Philips lagi). Maka menyambarlah Sang Kedek akan LED TV Sharp 32' yang baru. Best ooo TV ni, bila suasana gelap, dia kurangkan cahaya tv tu ..bila suasana terang, dia terangkan lagi tv tu. Kira tak sakit mata la kalau tengok tv dalam gelap.

Selesai membeli tv, Kedek belanja aku kat ngan Pijol kat Mc Donald Jaya Jusco Wangsa Maju. Mmm...dapnye ayam goreng McD yang pedas. Lepas makan, Sambung plak beli dapur gas kat J.J tu  sebelum kitorang mengakhiri hari kitorang kat Restoran Bunga Emas.

Monday, 26 December 2011

KEMBALI KE WISMA ROZALI

Selepas 2 minggu aku melepak di PUSRAWI dan Rumah Bonda, hari ini aku kembali semula ke Wisma Rozali untuk menjalankankan tugas-tugas Kerani Kanan.

Aku rasa cam nak campak je handphone aku yang berbunyi pukul 6 pagi tadi. Semangat nak gi kerja langsung 0. Keenakan melepakkan diri kat rumah sukar untuk dilupakan. Apakan daya, sebagai insan yang dikelilingi oleh hutang-piutang, terpaksalah jugak aku menguatkan semangat melangkah masuk ke pejabat ni.

Marilah kita ...warga Puncak Niaga ...bersatu hati ..memberi khidmat sejati ..TIDAAAAAAAAKKK!!!!!

Tuesday, 20 December 2011

PENYAKIT SATU PERINGATAN

Aku rasa dah dekat 2 minggu aku tak memblogkan diri aku. Untuk makluman, aku baru je menghabiskan masa berharga aku selama seminggu dalam wad PUSRAWI (ye, wad yang pernah cuba untuk meragut nyawa aku tahun lepas). Aku mengalami Pneumonia atau radang paru-paru. Sebab? Ye ...seperti gambar di atas...ROKOK!

Sekarang aku masih berada di rumah Ibundaku di Taman Melati cuba menghabiskan sisa-sisa ubat yang doktor kasi. Sakit di dada masih ada. Aku nekad, lepas ni taknak isap rokok dah. Serius! Walaupun rokok ni pernah meneman aku di kala sunyi. Aku akan rindukan ko rokok. Selamat tinggal rokok.

Friday, 9 December 2011

SUNAT AL-KHATAN


WISMA ROZALI (opis aku leee ..)

Sunat, menyunat, tersunat, penyunatan, penyunat adalah perkataan yang biasa kita dengar time2 cuti sekolah ni. Hari ini kat opis aku, sebanyak 42 burung akan disembelih.

Untung mak bapak company sponsor. Tengok sahaja gambar yang aku post ni. Takde sedikit pun rasa gerun kat wajah bebudak ni. Bebudak zaman IT sekarang ni memang hati kering. Silap2 diorang rampas pisau, diorang sunatkan doktor sekali lagi.


Kitorang yang kat opis ni pun, apa lagi ...time ni la nak melepak ngan member-member. Company pun dah izinkan maaaa ....hari ni kitorang dibayar untuk lepak.

Pepehal, tahniah dan selamat berkhatan adik-adik semua!!!

Thursday, 8 December 2011

JUMAAT JUMAAT JUMAAT

Hari terakhir bagi mereka yang bekerja 5 hari seminggu. Juga hari yang mencatat jumlah kenderaan paling banyak di atas jalan raya dari jam 4 p.m. hingga 9 p.m.

Kesesakan lalu lintas setiap petang Jumaat kengkadang boleh membuatkan mood happy nak balik rumah bertukar jadi mood marah-marah.  Tak pasal pasal isteri yang dah mekap ala-ala Maya Karin atau Lisa Surihani mendapat hadiah maki-hamun, kasut terbang atau tapak kaki keramat daripada sang suami.

Aku nak cadangkan kerajaan Malaysia menetapkan setiap hari Jumaat, semua rakyat Malaysia wajib mengayuh basikal ke tempat kerja. Isssh! Patutla susah nak tekan butang 'A' dari tadi, ada sticker terselit kat dalam keyboard ni! Okay, dah kuarkan. Mana kita tadi? Owh ...naik basikal ke tempat kerja. Nak kata bernas, mmm ...memang bernas la idea aku ni rasanya.

Selain dapat mengurangkan kesesakan kat jalanraya, dapat jugak menyihatkan rakyat Malaysia yang kian obes ni, termasuk yang menaip ni. Memangla mula-mula rasa susah, nak kayuh basikal berbatu-batu. Let's look on the positive aspect, less obesity, less jammed, kurang pencemaran udara ...eh ...banyak lagi la yang less less nye ni.

Aku cadangkan aje, aku nak cakap terus kat Najib ntah bila boleh jumpa. So, sesapa sedara ngan PM kita ni, sampai-sampaikanlah. Aku tau mesti kene reject cadangan bernas atas dasar-dasar ekonomi. Tapi atas dasar kesihatan pun kene usha gak.

Kaylah ....ni je aku nak mengarut tengah-tengahari Jumaat ni ...dah jom reramai gi solat Jumaat.

Wednesday, 7 December 2011

GAMBAR SENSASI MENANGIS!!

8/12/2011 - WISMA ROZALI

Sibuk sana-sini bebudak pompuan opis aku bercerita pasal Aaron Aziz. Dengan niat untuk memenuhi nafsu serakah bebudak ini, melalui media elektronik yang bernama email ...maka terciptalah sekeping gambar yang mencetuskan kontroversi kat pejabat aku hari ni ...Hahahahaha! Apedehal ngan Aaron Aziz, takde beza pun ngan aku ni. Tengok saja gambar kat atas ni? Lebih kurang je aku tengok, cuma Aaron versi cerah sikit.

Aku ingat aku berjaya memuaskan nafsu diorang ....rupa-rupanya diorang menyumpah seranah aku pasal cuba menyamakan diri aku dengan hero feveret diorang ni. Wakakakakaka!

MANCHESTER UNITED TERSINGKIR!!!!

3.45 a.m - 8 Disember 2011
LOKASI : Kedai Mamak Subang Perdana

Kejam! Kejam! Kejam! Benci! Benci! Benci!

Ombak Rindu gagal membuat aku menangis, namun tiupan wisel penamat daripada referee perlawanan antara Manchester United vs FC Bassel pada jam 5.45 a.m. pagi tadi berjaya membuat mata ku bergenang air mata. Terguris hati jantan ini apabila pasukan yang aku sanjungi terlkeluar dari Liga Juara-juara (Champions League).

Adeh ...tak tahan dada ni. Bagai ditusuk pedang Thundercat hooooo ....bagai diludah Maya Karin ...bagai ditackle Nemanja Vidic ...dan bermacam-macam kepelbagaian yang bermain diseluruh pelusuk tubuh aku ni. Ranap impian aku nak tengok The Red Devils meraih kejohanan terulung Eropah ni sempena 25 tahun Sir Alex berkhidmat. Aduuuhhh .....

Tapi aku yakin, kekalahan ini akan mendatangkan semangat baru bagi skuad The Red Devils ...dan kami akan kembali lebih bersemangat dan lebih hebat!!! Tinggal Liga, F.A. Cup dan Euro Cup untuk diburu. Glory! Glory! Man United!!!!

OMBAK RINDU

9.00 PM - 7 DECEMBER 2011

Penat aku mendengar orang sana-sini bercerita tentang Ombak Rindu. Bukan sahaja kaum Hawa, malah kaum segagah-gagah Adam pun menangis tengok cerita ni. Untuk menenangkan hati aku yang berOmbak-Ombak ni, aku pun menterlibatkan diri aku ke dalam Ombak Rindu di Cineplex, Kota Damansara semalam.

Malangnya, cerita ini gagal melinangkan air mata jantanku. Aku tak pasti tang part mana yang aku nak kene nangis ni? Mungkin pengalaman yg lebih pedih aku alami, tak dapat ditandingi filem ini.

Walaubagaimanapun, aku kagum dengan penggambaran filem ini. Salah seorang pelakon yang berjaya mengagumkan aku adalah Lisa Surihani. Tak sangka aku aktres yang selalu melakonkan watak baik ni, berjaya memainkan watak seorang wanita yang cemburu, pemarah, bengis ...takut wooo!!! Syabas jugak pada pelakon-pelakon lain sebab menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali!

Lagi satu faktor yang mengkagumkan aku, lokasi penggambaran ...aku rasa relax je tengok cite ni. Jalan cerita, boleh tahan. Ermm ...aku harap banyak filem-filem melayu yang berkualiti macam ni akan diterbitkan. Takdelah keluar cerita-cerita lawak bodoh yang tak dapat diterima oleh sereberum, serebelum dan medula oblongata aku ni. Hidup filem melayu!

Satu Detik Satu Masa Satu Perasaan

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah, terciptalah satu blog di kala aku kebosanan di pejabat. Aku tahu, aku dah ambik sedikit masa yang diamanahkan untuk membuat kerja untuk buat blog ni. Maap Boss, inilah akibat terlalu lama meninggalkan staff kat opis tanpa pemerhatian hahahahaha!

Aku takde tujuan spesifik pun untuk mewujudkan blog yang aku sendiri tak tahu macam mana rupa bentuknya ni. Sepanjang hari aku mendengar cerita dari orang sekeliling aku yang berceritakan blog si polan ni best, blog si polan ni lagi best dan macam-macam lagi yang best yang diorang cerita.

Dengan niat ingin tahu, lalu berlayarlah aku ke alam Google untuk mengenalpasti apakah maksud 'Blog' ini sebenarnya. Apakah ianya sejenis makhluk 4 kaki? Makhluk asing yang telanjang? Atau anak ketua kampung yang digilai ramai.

Nah...sekarang baru aku tahu apa itu blog dan aku sedang menaip isi-isinya sekarang. Terima kasih Google. Aku harap blog yang tercipta ini tidak terhenti disini sahaja.

Errr...untuk mengelakkan aku mendapat sampul surat yang kemungkinan aku tahu isi perutnya dari majikan aku, aku terpaksa berhenti di sini dahulu. Insya Allah kita akan bertemu lagi.