Berikut adalah langkah-langkah untuk menjadi suami mithali sebagaimana yang
telah digariskan oleh Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Semoga
bermanfaat:
- Pasang
niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak
mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
- Bersyukur
kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan
terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
- Suami
mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan
istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh
isteri anda.
- Setiap
hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan
anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke
rumah.
- Pastikan
anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia
apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk
berbual dengan isteri setiap hari?
- Telefon
isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun
rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat
panggilan ataupun mesej tersebut.
- Hiburkan
hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap
gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
- Pastikan
anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke
tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu
semasa di dalam kenderaan.
- Amalkan
makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan.
Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual
perkara yang melalaikan semasa makan.
- Ajak
isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah
sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
- Bantu
isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban
isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
- Amalkan
mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat
Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
- Pastikan
penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami
inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana
adil?
- Didik
isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan
amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa
bikin.
- Berikan
nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai
suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan
berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
- Jadikan
penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada
emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
- Sentiasa
taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada
Tuhan.
- Suami
mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun
tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib
dihentikan.
- Muliakan
keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara
keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda
bagaimana ?
- Bentuk
sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang
tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu.
Dia rasa dihargai.
- Jadilah
suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri
setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk
syurga.
- Tegur
kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab
ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut,
bingung, hiba dan memberontak.
- Gunakan
Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut
nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
- Mendahulukan keperluan isteri
daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang
melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
- Suruh
isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun
SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan
sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
- Cintai
isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh
kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
- Sentiasa
berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu.
Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang,
isteri akan gemilang.
- Pamer
keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan
keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada
keluarga.
- Pamer
kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat
membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
- Memuliakan semua perempuan
bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai
isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang
wanita termasuk pembantu rumah.
- Bentuk
beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu,
pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki
menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
- Mahir
dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap
mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian
yang optimum.
- Membaiki
diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang
taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik,
pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
- Jadi
contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan
anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda
yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
- Jadikan
diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan
dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan
bersangka baik terhadap keluarga.
- Tingkatkan ilmu berkenaan
agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu
agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
- Sentiasa
menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak
mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan
kebenaran dengan hikmah.
- Bertindak
tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan.
Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak,
lembut sangat orang pijak.
- Latih
diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak
tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa
disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
- Cari
peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah
lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang,
pujian dan memberi hadiah..
- Fahami
yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri
sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya
khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
- Bentuk
kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada
anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak
ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
- Nilai
diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci.
Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami
akan bertambah bahagia.
- Apabila
suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia.
Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang.
Pasti hebat kesannya.
- Suami
wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat
isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan
saksama.
- Buat
undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap.
Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh.
Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
- Latih
gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin
dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan
perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
- Pimpin
isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala.
Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan
semasa hendak tidur.
- Seimbangkan hidup
dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan
kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah.
Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah
serupa.
- Urus
stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet,
hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok
ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua
orang.
Wallahu
a’lam
Langkah Bestari Suami Mithali
(Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
terbaek~
ReplyDelete