Monday, 6 February 2012

INGAT TRAGEDI 1999 DI NOU CAMP, BARCELONA, SEPANYOL

ROONEY STRIKE!
Stadium Nou Camp Barcelona tahun 1999, hanya tinggal beberapa minit sahaja akan menyaksikan Bayern Munich yang sudah semakin pasti dinobat sebagai Raja Eropah. Namun dengan hanya dalam masa 3 minit, segala-galanya berubah.

Gol daripada Teddy Sheringham di minit 90+1 dan Ole Gunnar Solksjaer pada minit 90+3 telah mengubah keputusan malam itu. Manchester United dinobat sebagai Juara Eropah. Semenjak dari itu, The Red Devils terkenal dengan gaya kemenangan di saat-saat akhir.

Seperti game semalam, sekali lagi aku di Restoran Bunga Emas, menyaksikan M.U. bertandang ke Stamford Bridge melayan Chelsea. Sorakan kuat daripada penyokong Chelsea setelah Man United dibolosi 3 gol masih tidak berjaya menggoyahkan keyakinan aku.

Jika Final Champion League hanya memerlukan 3 minit terakhir untuk mengubah keputusan, bermakna jaringan Luiz di minit 50  memberi Man United 40 minit lagi untuk mengejar.

Gol pertama Rooney, mereka (penyokong Chelsea) masih tergelak. Gol kedua Rooney, mengingatkan mereka tentang sesuatu. Gol Chicharito, menyedarkan mereka bahawa THIS IS UNITED!!!!!!

Glory Glory Man United!

The Next Generation of Park Ji Sung in the making

2 comments: