Tuesday, 27 March 2012

KING KENNY? APE SUDAH JADI?


Dimana silapnye? King Kenny. Pergh ...bila dengar nama dia masuk semula Liverpool, semangat membara-barainye pun aduhai ter ber. Gah di awal musim, garang, membara, aum aum aum. Gua sebagai penyokong Red Devils tetiba terpaksa ambik perhatian terhadap Liverpool si Daglish ni.

Tapi sikalang apa sulah jadik? Tak ale galang lagi meih? Wa sulah cakap, itu Gerrard kasi buang. Tak mau mendengar nasihat aku ni pun aduhai. Keegoaan setinggi Bukuit!

Kita sama-sama tengok kedudukan Liverpool sikalang aaa? Liverpool sikalang aaa, sulah tangga ke tujuh pun dengan berbekalkan 42 point manakala Manchester United mendahului liga dengan 73 point. Ini bermakna perbezaan sebanyak 31 point! Tinggal 8 perlawanan yang tinggal. Kalau The Red Devils kalah kesemua 8 perlawanan dan Liverpool menang semua 8 perlawanan, Liverpool masih di bawah Manchester United 7 point!!!!


Ada lagi! Perbezaan point Liverpool (7) dengan  Newcastle (6) adalah 8 point! Manakala perbezaan Liverpool (7) dengan West Bromwich (14) hanya 6 point! Bermaksud West Bromwich masih ada peluang untuk merampas tempat ke tujuh manakala tak mustahil untuk Liverpool berada di tangga ke 14 jika 2 kekalahan sahaja lagi. Takutkan? Mana King Kenny?

Hmmm ....aku tak tahu apa tujuan tulis pasal Liverpool ni ...aku saja ushar-ushar Table BPL, main kira-kira perbezaan point, dan fakta yang aku dapat ni amat mengejutkan. Good Luck Liverpool fans ...

Monday, 26 March 2012

Burger Bakar Wangsa Maju

Agak lama gak gua ushar orang beratur panjang nak makan burger bakar ni. Sanggup beratur berjam~jam pasal nak makan burger ni. Pelik sesangat, best sangat ke burger bakar yang di cerita-ceriti kan orang ramai ni??? Hmm...so aku cuba mendidektif conankan diri aku untuk menyiasat fenomena luar biasa ni. Aku mulakan dengan teknik 'pendekatan' dgn menjadikan diri aku dari golongan orang yang beratur.
Gambar kat atas ni gambaran jam 6 petang, waktu aku sampai. Aku ingat aku yg paling awal, ternyata aku silap.
Eh? Macam kenal je org yg terselit kat situ? Eh? Cik Ziana pun ada? Hehehe ...sebenarnya aku suruh dia beratur dulu, aku gi parking kereta.
Masuk dalam barisan! Aku peserta yang ke 22 dalam barisan. Kira awal gak la tu.

 
Tunggu punya tunggu punya tunggu matahari pun mula melabuhkan layarnya.

Tengok? Orang yang beratur pun makin bertambah, dah sampai sempadan Siam dah kalau tak silap aku.

Cik Ziana pun dah lemau menunggu sambil makan kuaci. Keluar dari barisan! Aku rasa ...eh bukan rasa, tapi memang! Dalam masa menunggu ni je aku dah abes RM 10!!! Belum bayar burger lagi!!! Perbelanjaan untuk menunggu termasuk air mineral, kuaci, coklat Nini dan sokkabar Kosmo adalah RM 10 okay?


Dah sejam lebeh barula bukak order ...ngam-ngan Sejam 15 minit. Giliran kitorang sampai selepas Sejam 45 minit. Untuk order je tau, belum dapat burger lagi ... Best bukan???
Antara mangsa aku ketika tempoh menunggu burger disiapkan sebelum Nine Tail Beast kuar dari badan aku. Ya! Nini Cokelat Celup! Nini Cokelat Celup!

Cik Ziana dah lemau tunggu lalalalaaa ... tetiba bunyi sesuatu sedang dibakar!!!!



Yes!!!! Burger kami sedang dibakar!!!!!


Agak lega sedikit ...muka ata senyum! 


Selepas 2 jam 15 minit ....kami mempersembahkan!!!!


DOUBLE CHEEZY BURGER : RM 16
KANDUNGAN : DUA PATI DAGING BAGAK, DUA SLICE CHEESE, SOS CHEESE, LEMAK TEPU, KOLESTROL DAN PERCUMA PENYAKIT JANTUNG, DARAH TINGGI DAN OBESITI.


CRISPY CHICKEN WITH BACON : RM 9.50
KANDUNGAN : SEKEPING DAGING AYAM CRISPY ALA-ALA MCDELUX,  BACON DAGING YANG RANGUP DAN PERCUMA PENYAKIT SEPERTI DI ATAS.


Cik Ziana memulakan gigitan ...demi gigitan ..demi gigitan ...demi gigitan ... apa reaksinya selepas itu???


Ya! Berbaloi dengan penantian selama 2 jam 15 minit ...Cik Ziana Like!


Keputusannya ....burp ...Alhamdulillah.

KESIMPULANNYA : Pergh der, meleleh der rasa dia ...makan burger ayam, rasa cam ayam ...makan burger daging, rasa cam lembu. Adunan rasa yang amat MEMUASKAN. Kelembutan teksturnya ...arrrgh!!! tak tau nak kata ape dah! Memang SEDAAAAAP!!!!! Kalau Burger Bakar ni bukak cawanganla, KFC, McDonald, Burger King dah boleh ke negara asal masing-masing! MESTI CUBA!!!!

P/S : Pergh der ...kentut pun bau lembu korban dah ...memang sempoi der ...

Friday, 23 March 2012

Dendam! Grudge! Rencor! 恩怨 ! உட்பகை

Tajuk tu semua bermaksud Dendam daripada bahasa melayu kita, omputih, sepanyol, cine dan tamil. Tak kira apa bangsa dalam dunia ni, semua ada perasaan dendam. Pergh ...kalau dapat balas dendam tu kira puaslah jiwa manusia ni. Tapi ....betul ke puas?

Aku tertarik kat satu gambar ni yang aku dapat kat Google First aku ..gambar daripada Jeremy Cowart, seorang penangkap gambar selebriti atau dalam bahasa omputehnye celebrity photographer daripada Los Angeles. Ni gambar yang aku maksudkan tu ...

 
" Holding On To A Grudge is Letting Someone Live Rent-Free In Your Head" ....haaaaa ....ape dia cakap ni? Maksudnye lebih kurang camni la .." Kalau anda memendam dendam kat seseorang tu, secara otomatiknye anda membenarkan seseorang itu tinggal free dalam kepala otak anda".

Lebih kurang camtu la kot? Hehehehe! Betul ...tak baik berdendam-dendam ni ...tak dapat ape pun. Dulu aku pun kuat berdendam. Tapi bila dengar kisah-kisah Rasulullah S.A.W, macam mana Baginda melayan orang yang buat jahat kat Baginda ...aku mula berfikir semula. Memang Baginda contoh akhlak yang terbaik yang perlu kita rujuk setiap masa. Akhlak Rasulullah S.A.W. adalah jalan penyelesaian banyak masalah di kalangan masyarakat kita. Tak percaya? Baca....baca ....baca ...dan fikir-fikirkanlah ...

Thursday, 22 March 2012

GOSSIP PANAS! KEGILAAN ANDROID MENJADI-JADI!!!

KECEMASAN!!!! KECEMASAN!!!! KECEMASAN!!! Hati aku dilanda kekeliruan!!!! Tengok kat bawah ni!!!!


Aku baru je cerita pasal Samsung Galaxy Nexus. Dapat pulak gosip terbaru, SAMSUNG GALAXY S 3 nak keluar bulan APRIL ni!!!!! Adoyai ...kalau ku pilih disini, apa kata disana ...kalau ku pilih disana, disini akan terluka ...

Tak taula sejauh mana kebenaran gossip ni. Ni salah satu gambar yang "bocor" yang aku dapat masa mengoogle-google. Gosip tersebut juga ada bagi spesifikasi pasal android terbaru ni. 

Here’s the list, as conveyed by the Dutch blog:
  • Processor and memory
    • Processor: quad-core 1.5 GHz
    • RAM: 1GB
    • Storage: 32GB
    • Card Slot: Unknown
  • Dimensions
    • 131 mm long
    • 64 mm wide
    • 8 mm thick
    • 125 grams
  • Battery
    • 1750 mAh
    • Removable
  • Display
    • 4.7-inch
    • 720 x 1280 resolution (HD)
    • 313 ppi
    • Super AMOLED Plus HD
  • Camera
    • 12MP rear camera
    • LED flash
    • Slow motion,
    • Time lapse
    • Full HD (1080p) video recording
    • 60 FPS video shooting
    • 1.3 MP front camera
    • 720p video recording (front camera)
  • Connectivity
    • Dual Carrier HSPA 3G networks
    • Download speeds of up to 42 Mbps
    • Upload speeds of up to 5.76 Mbps
    • Bluetooth 4.0
    • NFC
    • WiFi a/b/g/n
    • Micro USB 2.0
    • HDMI out
    • DLNA
    • WiFi direct
    • Wi-Fi Hotspot option
Menarik bukan? Kalau Galaxy S2 pun dah dinobat smartphone terbaik, inikan plak S3? Pasti banik punyeeee!!!

Kita tunggu je camne keadaan rupa bentuknye yang sebenar. Wallahualam.

Wednesday, 21 March 2012

SAMSUNG GALAXY NEXUS

Samsung Galaxy Nexus
NAK! NAK! NAK!

Siapalah yang memahami perasaan ini ....perasaan menginginkan sesuatu yang teramat sangat. Tangkap hati dan jiwa. Setiap hari terbayang ...termimpi. Begitulah keinginan aku kepada Samsung Galaxy Nexus ni. Perasaan yang sama setahun yang lalu ketika aku mengidamkan Samsung Galaxy S.

Sebagai peminat Android (benci Iphone) yang tegar, aku dapat tahu yang Google dah siapkan Operating System yang baru untuk Nexus ni yang dipanggil Ice Cream Sandwich untuk menggantikan model sebelum ni, Gingerbread. Dengar nama je aku dah terliur dan lapar. Aku tak pakai lagi tapi aku yakin OS baru ni mesti best gila berdasarkan 'review report' yang aku tengok dari internet. Full touch screen plak tu!!!!!

Kalaulah harga dia RM 3, sampai-sampai Malaysia je aku dah tunggu kat pelabuhan, sebelum diturunkan dari kapal. Masalahnya, harga dia mencecah sebulan gaji aku. Pergh ...meleleh je la air liur aku ngidamkan Android baru ni.

Pepehal, sape yang sedang menggunakan phone ni, please komen tentang performance dia ni. Adoyai Nexus idamanku.

Tuesday, 20 March 2012

FINAL BATTLE : Ardwick Association Football Club vs Newton Heath LYR Football Club

Pejam celik pejam celik, kejap je dah nak sampai ke penghujung musim BPL. Mesti korang tak pernah dengar nama dua kelab kat atas ni kan? Hehehehe ....sebenarnya ni adalah nama-nama awal bagi dua kelab Manchester. Ardwick Association Football Club adalah Manchester City manakala Newton Heath LYR Fooball Club pulak adalah nama awal bagi Manchester United. (sebenarnya nama awal M.C. adalah St. Mark's (West Gorton), tapi aku tak amek nama ni sebab takde "football club", so aku amek nama kedua.)

Errrh ...saat-saat yang mendebarkan bagi dua kelab Manchester. Lagi sepuluh game je lagi sebagai penentu juara sebenar BPL atau juara sebenar MANCHESTER. Sebelum ni, aku tak pernah ambik tahu pun kedudukan Manchester City kat mana, memang tak pernah berhampiran dengan kedudukan terulung Manchester United. Tapi tahun ni City dah melampau-lampau. Letih gak nak cucuk angin diorang ni, nasib baik tang corner 28 tu diorang drop gear terlebey hehehehe....

Sebagai persediaan, aku dah buat kajian aku sendiri, dan aku dah "Microsoft Excel" kan jadual kedua-dua team ni. Cuba tengok kat bawah ni :


Mengikut kajian aku yang berdasarkan arah angin bayu membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkanmu ini, Manchester United bakal menjulang piala BPL yang ke-20 tahun ni. Hehehehe, nak tahu kenapa? Daripada senarai game yang tinggal, lawan paling kuat buat The Red Devils hanyalah Manchester City sendiri. Manakala Manchester City pula terpaksa berhadapan dengan Chelsea, Arsenal, Manchester United dan Newcastle United. Dan M.U. ada lima game ditempat sendiri, manakala M.C. pula hanya ada 4 game di tempat sendiri.

Sorry to Arsenal, Liverpool and Chelsea fans yang tahun ni bergabung menjadi Manchester City Fan, saudara-saudara sekalian ...kita dah tahu sape champion lagi tahun ni. Glory Glory Man United!

Once Reds, 4 ever will be

Sunday, 18 March 2012

BONUS OH BONUS

Menghitung hari ...detik demi detik ....adoyaaii ...lemau, penat dan hampa. Ingatkan adala perubahan tahun ni bila dapat Pengarah Urusan baru. Tapi segalanya serupa. Hampa dan terus kehampaan. Bila Pengerusi Eksekutif memberi ucapan di perhimpunan bulanan kakitangan, nada-nada yang berbaur bonus lambat lagi nak masuk kedengaran.

Pening kepala aku ni, bulan depan nak gi Bandung .... aku bajet cantek2 la paling lambat bonus masuk hujung bulan 3 ni. Hmmm ....meleset sama sekali jangkaan aku.

Penatlaaaa weiiiii ....jangan aaaa main-mainkan perasaan orang camni ....penaaaat!  

Tuesday, 6 March 2012

BETTER THAN S.C.B.A ...PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT TERBAEK!


Adoyai makcik ooo makcik ...aku tak tau sape yang bagi 'Safety Briefing' kat makcik ni. Taula nak selamatkan mata dari terkene cili. Elok nak selamatkan mata, nyawa plak yang tergadai jap lagi.

Errr....ada sape-sape yang kenal makcik ni tak? Ada gambar dia lepas 20 minit gambar ni diambil tak? Aku nak tau apa keputusan 'Personal Protective Equipment' yang dia pakai ni. Kalau okay, aku nak supply kat loji-loji pembersihan air, bagi semua operator pakai. Murah pun murah. Mesti boss aku sayang sebab dapat jimatkan perbelanjaan syarikat.

Sorry guys ...busy sket dalam dua minggu ni. Tak dapat nak update banyak. Have a nice week!