Monday, 26 March 2012

Burger Bakar Wangsa Maju

Agak lama gak gua ushar orang beratur panjang nak makan burger bakar ni. Sanggup beratur berjam~jam pasal nak makan burger ni. Pelik sesangat, best sangat ke burger bakar yang di cerita-ceriti kan orang ramai ni??? Hmm...so aku cuba mendidektif conankan diri aku untuk menyiasat fenomena luar biasa ni. Aku mulakan dengan teknik 'pendekatan' dgn menjadikan diri aku dari golongan orang yang beratur.
Gambar kat atas ni gambaran jam 6 petang, waktu aku sampai. Aku ingat aku yg paling awal, ternyata aku silap.
Eh? Macam kenal je org yg terselit kat situ? Eh? Cik Ziana pun ada? Hehehe ...sebenarnya aku suruh dia beratur dulu, aku gi parking kereta.
Masuk dalam barisan! Aku peserta yang ke 22 dalam barisan. Kira awal gak la tu.

 
Tunggu punya tunggu punya tunggu matahari pun mula melabuhkan layarnya.

Tengok? Orang yang beratur pun makin bertambah, dah sampai sempadan Siam dah kalau tak silap aku.

Cik Ziana pun dah lemau menunggu sambil makan kuaci. Keluar dari barisan! Aku rasa ...eh bukan rasa, tapi memang! Dalam masa menunggu ni je aku dah abes RM 10!!! Belum bayar burger lagi!!! Perbelanjaan untuk menunggu termasuk air mineral, kuaci, coklat Nini dan sokkabar Kosmo adalah RM 10 okay?


Dah sejam lebeh barula bukak order ...ngam-ngan Sejam 15 minit. Giliran kitorang sampai selepas Sejam 45 minit. Untuk order je tau, belum dapat burger lagi ... Best bukan???
Antara mangsa aku ketika tempoh menunggu burger disiapkan sebelum Nine Tail Beast kuar dari badan aku. Ya! Nini Cokelat Celup! Nini Cokelat Celup!

Cik Ziana dah lemau tunggu lalalalaaa ... tetiba bunyi sesuatu sedang dibakar!!!!



Yes!!!! Burger kami sedang dibakar!!!!!


Agak lega sedikit ...muka ata senyum! 


Selepas 2 jam 15 minit ....kami mempersembahkan!!!!


DOUBLE CHEEZY BURGER : RM 16
KANDUNGAN : DUA PATI DAGING BAGAK, DUA SLICE CHEESE, SOS CHEESE, LEMAK TEPU, KOLESTROL DAN PERCUMA PENYAKIT JANTUNG, DARAH TINGGI DAN OBESITI.


CRISPY CHICKEN WITH BACON : RM 9.50
KANDUNGAN : SEKEPING DAGING AYAM CRISPY ALA-ALA MCDELUX,  BACON DAGING YANG RANGUP DAN PERCUMA PENYAKIT SEPERTI DI ATAS.


Cik Ziana memulakan gigitan ...demi gigitan ..demi gigitan ...demi gigitan ... apa reaksinya selepas itu???


Ya! Berbaloi dengan penantian selama 2 jam 15 minit ...Cik Ziana Like!


Keputusannya ....burp ...Alhamdulillah.

KESIMPULANNYA : Pergh der, meleleh der rasa dia ...makan burger ayam, rasa cam ayam ...makan burger daging, rasa cam lembu. Adunan rasa yang amat MEMUASKAN. Kelembutan teksturnya ...arrrgh!!! tak tau nak kata ape dah! Memang SEDAAAAAP!!!!! Kalau Burger Bakar ni bukak cawanganla, KFC, McDonald, Burger King dah boleh ke negara asal masing-masing! MESTI CUBA!!!!

P/S : Pergh der ...kentut pun bau lembu korban dah ...memang sempoi der ...

No comments:

Post a Comment