Wednesday, 21 March 2012

SAMSUNG GALAXY NEXUS

Samsung Galaxy Nexus
NAK! NAK! NAK!

Siapalah yang memahami perasaan ini ....perasaan menginginkan sesuatu yang teramat sangat. Tangkap hati dan jiwa. Setiap hari terbayang ...termimpi. Begitulah keinginan aku kepada Samsung Galaxy Nexus ni. Perasaan yang sama setahun yang lalu ketika aku mengidamkan Samsung Galaxy S.

Sebagai peminat Android (benci Iphone) yang tegar, aku dapat tahu yang Google dah siapkan Operating System yang baru untuk Nexus ni yang dipanggil Ice Cream Sandwich untuk menggantikan model sebelum ni, Gingerbread. Dengar nama je aku dah terliur dan lapar. Aku tak pakai lagi tapi aku yakin OS baru ni mesti best gila berdasarkan 'review report' yang aku tengok dari internet. Full touch screen plak tu!!!!!

Kalaulah harga dia RM 3, sampai-sampai Malaysia je aku dah tunggu kat pelabuhan, sebelum diturunkan dari kapal. Masalahnya, harga dia mencecah sebulan gaji aku. Pergh ...meleleh je la air liur aku ngidamkan Android baru ni.

Pepehal, sape yang sedang menggunakan phone ni, please komen tentang performance dia ni. Adoyai Nexus idamanku.

3 comments:

  1. saya pun tak suka iphone!!

    ReplyDelete
  2. hehehe ...susah ...nak kena pakai ITune nak download ape2 ...pakai android ni mana-mana pun bleh download ...

    ReplyDelete
  3. Hp nie mmg terbaek....aku pernah pkai dulu...now switch ke note...ape lg kasi sambar la

    ReplyDelete