Monday 13 February 2012

RAHSIA MENGORAT AWEK CUN DAN ETC

Ahaaa ... mesti ramai nak tahu camne nak ngorat awek-awek yang hot, gorgeous ataupun gorgon kan? Aku bukak tajuk ni sebab ada beberapa orang yang hidup di sekitar aku ni, ada rupa, ada kemampuan tapi masih solo. Dan amat sukar untuk bertemu pasangan.

Boleh percaya ke tips aku ni? Tengok muka aku pun cam Shrek. Camne nak percaya? Okay, mungkin setengah daripada korang fikir aku pandai-pandai buat cerita atau masuk bakul angkut sendiri (MBAS). Tapi sebagai mukadimah, aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku.

Hobi paling besar aku semenjak aku berumur 13 tahun adalah MENGORAT. So bermakna aku telah menceburi dalam bidang ngorat-mengorat ni dah nak masuk 19 tahun dan telah sampai ke penghujung jalan. Dah takde ape nak kejar.

Dan pernah satu ketika, ada 2 orang kawan aku (1 di sekolah menengah 1 di UITM) sampai membeli buku nota kecil untuk menyalin setiap perkataan aku yang keluar ketika berborak dengan awek-awek. Aku sangat suka cabaran ketika mengorat seseorang aweks itu.  Serius, aku tak tipu. Alhamdulillah, dua-dua sekarang dah temui pasangan masing-masing dan selamat berkahwin. Sebab tu la aku lambat kawen, kasanova cam aku mana pernah selesa dengan sorang pompuan.

Dan berbagai teknik telah aku cuba dan aku kumpulkan ke dalam sebuah buku yang aku gelar Buku Hikmat Tusukan Jiwa Si Dara (buku ni penambah cerita je hehehe). Semua ilmu ni aku semat kat dalam jiwa dan membuatkan aku menjadi seorang Jinchuuriki (rujuk google).

Sebelum ni aku malas nak berkongsi ilmu ni sebab ada anak murid aku yang salah guna dengan ilmu yang aku bagi. Jadik Bohjan besar kat kampung. Aku dapat tahu daripada kawan dia kat kampung yang belajar satu U ngan aku. Rasa serba salah plak aku ajar dia ilmu kajian aku ni, sebab budaknya sorang yang amat takut nak menegur pompuan. Lalu aku hanya mengamalkan ilmu kajian aku ni untuk diri aku sendiri. Harap-harap korang gunakan ilmu yang aku kongsi ni untuk mencari pasangan untuk berkahwin.


Langkah Pertama


Kenali jenis gadis yang anda nak ngorat. Aku bagi contoh 3 kategori perempuan yang aku rank paling susah nak ngorat. Kalau korang dapat memahami 3 kategori perempuan ni, kategori lain dikira kacang . 3 kategori
perempuan yang aku maksudkan adalah :

1) Awek Cun/ Model, Artis etc
2) Awek Cun/Anak Orang Ada-ada
3) Awek Cun/Belajar Tinggi/Solehah/Berjawatan Tinggi

Langkah Kedua


Kenalpasti minat gadis/awek yang kita minat. Bagaimana? Senang sangat, kita boleh dapat maklumat ni dari kawan-kawan dia, jiran-jiran dia, sepupu belah bapak dia. Tapi jangan tanya direct, kias-kias sikit. Langkah ini adalah dapat membantu serba sedikit dalam proses mengorat. Tapi langkah ni kurang penting daripada Langkah Ketiga.


Perkara yang paling penting kita perlu tahu adalah kehendak asas seseorang wanita itu. Apa? Rasa selesa, selamat dan ada tempat bergantung ketika susah, sunyi dan sedih.


Langkah Ketiga


Persiapkan diri sendiri. Bagaimana? Ramai orang beranggapan untuk mengorat 3 kategori awek di atas hanya boleh dilakukan jika mempunyai duit yang banyak. Memang benar, tapi itu hanyalah satu bonus tambahan dan bukan faktor utama untuk memikat gadis.


  • Tingkatkan keyakinan diri. Jika kita tidak yakin dan berasa ragu-ragu, hentikanlah niat nak ngorat korang tu. Macam mana seorang awek nak percaya kat kita jika kita sendiri tak yakin dengan diri kita? Walau kita tak hensem, tak kaya, kita kena yakinkan mereka bahawa kita boleh menjaga mereka.
  • Penuhkan ilmu di dada. Tak kisahlah ilmu apa pun kecuali ilmu hitam.Penting sangat2, supaya kita tidak dipandang rendah dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan tenang.

Langkah Ke Empat

Memulakan proses pengoratan. 3 kategori awek di atas sebenarnya bukanlah susah untuk didekati. Tetapi sifat rendah diri kita yang rasa diri kita serba kekurangan yang menghalang kita untuk ke langkah seterusnya.

Mulakanlah dengan berkenalan. Jangan takut untuk menegur. Tegur tapi jangan gelojoh. Mulakan dengan berkawan. Sesetengah daripada 3 kategori awek di atas akan memandang rendah terhadap kita jika kita kelihatan seperti orang yang sederhana. Tapi biarkan, jangan sesekali mengubah diri kita yang sebenar sebab tu dah kira menipu diri sendiri. Nanti lagi banyak kerja.

Teruskan usaha mendekatinya. Disini KEBERANIAN dan ILMU memainkan peranan penting. Biarlah dia cantik seperti bidadari pun, tapi mereka akan tunduk dengan orang berilmu. Tapi jangan menunjuk pandai. Mereka akan rasa bodoh dan diperbodohkan. Cukup sekadar dengan kata-kata yang berilmiah dan boleh menterbeliakkan mata mereka.

Jangan approach terlalu awal. Berkawan dan berkawan dan terus berkawan dengannya. Jadi kawan yang paling baik. Mereka akan berkongsi cerita peribadi dan masalah mereka. Sekali lagi ILMU memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah mereka. Sampai satu masa, kita akan rasa inilah masanya. Dan ketika itulah segala-galanya bermula.

Selamat mencuba!

The End.

Nota Kecil : Sampai satu masa, kita tidak hiraukan siapa pasangan kita. Pasangan yang sebenar kita cari adalah pasangan yang memahami kita dan sanggup berkongsi susah dan senang bersama-sama : ) Terima kasih Cinta ....




4 comments:

  1. kemain panjang lagi tip-tip dia. hakhakhak~

    tak nak bagi tunang bace. wekk

    ReplyDelete
  2. Hahaha ...tunang awak baca pun tak effect kot? Awak pun cantik ape? Buat ape dia nak cari yang lain? :)

    ReplyDelete
  3. klo xda efek xpe.. kot-kot ada efek. haha

    ReplyDelete