Monday, 30 January 2012

ALLAH WUJUD KE TAK NI????


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila Barber (Tukang Gunting Rambut) itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi billa mereka berbicara mengenai Allah, Barber itu pun berkata, " Saya tak percaya Allah itu wujud".

"Kenapa kamu kata begitu?" tanya si lelaki tadi.

" Cuba kamu keluar di tengah jalan itu, dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah itu wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah itu wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini. Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku" kata si Barber.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak, tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas Barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tersebut dengan segera berpatah balik ke kedai gunting rambut tadi dan berkata "Kamu tahu tak yang sebenarnya Barber jugak tidak wujud?"

"Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi???" kata Barber itu.

"Tidak!!" tegas lelaki itu. " Kalau Barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang  tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu".

"Ah! Barber memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnye!" jawab Barber.

"Tepat sekali!" kata si lelaki tadi.

"That's the point!. Allah jugak wujud. Itulah yang terjadi (Keperitan & Penderitaan) jika manusia tidak mengingatiNya dan kembali padaNya untuk memohon pertolongan"

Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment