Kuala Lumpur, ibukota yang tak pernah senyap dari kesesakan tidak kira manusia atau kenderaan.
Bangunan-bangunan lama yang masih utuh ditengah-tengah bandaraya.
Maka disinilah perjalanan aku bermula. Pencarian untuk mencarik barang-barang pertunangan aku tak lama lagi, adeh. Dengan penat tak cukup tidurnya sebab BBQ ngan geng Wangsa Maju malam tadi, ku kuatkan jua mengorak langkah mengharungi kesesakan di Kay Ell.
Jalan sambil tidur (salah satu kepakaranku)
Setelah memarkir kenderaan di Semua House, aku dan bakal tunang aku pun mula berjalan sepanjang-panjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan area Masjid India. Target barang yang nak dibeli : Tudung, Lollipop satu balang, langsir dan kain untuk pelamin mini. Dari satu kedai-ke satu kedai, dari satu gerai ke satu gerai. kitorang berjalan. Hampir 13 kilo lemak aku terbakar, barulah jumpa tudung yang dicari2. Sambung perjalanan ...jumpa lagi langsir dan kain pelamin mini yang dicari.
Jalan yang diterokai.
Antara Kedai yang disinggah.
Harga Barangan di Nagoya
Happy kan beliau?
Aku pulak?
Ye, seperti biasa ....dan ..
Tidur lagi ...dimana-mana pun boleh...
Selepas 6 jam berjalan, barulah selesai sesi pembelian. Tinggal 1,2 barang je yang tak carik lagi. Dan akibat kepenatan ...kami rewardkan diri masing masing seperti gambar di bawah :
Nasi Goreng Ayam Bunga Emas yang tiada tolok bandingnya (hahahaha)
Sesi berjalan-jalan 6 jam dah selesai, sume barang dah dapat. Alhamdulillah ...cuma tunggu hari kejadian sahaja. Insya Allah. Doakan segala-galanya berjalan lancar ye?
Dan akhir sekali, aku menerima padah atas kejadian yang berlaku hari ini. Inilah padahnya .....
ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZ.....
No comments:
Post a Comment