Khusyuk Bekerja
Boss aku dah 5 kali bertukar, ada yang kene buang, ada yang dipindahkan. So, tinggallah aku yang membawa khazanah-khazanah yang tinggal meneruskan kehidupan dalam department ni. Lepas 8 tahun kerja barulah aku merasa kenaikan pangkat, daripada Kerani kepada Kerani Kanan. Tak sabar rasanya aku nak habiskan Safety and Health Officer course aku kat Consist Training Centre. Mana tau ada rezeki aku kat mana-mana? Pastu aku cadang nak ambik degree. Memang satu pengorbanan yang besar dari segi masa dan kewangan. Tapi apa salahnya untuk masa depan yang lebih baik? Betul tak? Insya Allah. Harap-harap dikuatkan semangat aku ni.
Sebelum ni dah macam-macam kerja dah aku buat, kerja buruh bina-binaan, KFC, Bumiputera Commerce Bank, restoran makan, driver, promoter dan keje yang paling aku suka sebelum ni adalah Cikgu Sandaran Yang Hensem : ) Aku memang suka layan budak-budak, so sambil bermain ngan diorang, aku bleh tengok sejauh mana pencapaian diorang dalam akademik. Kalau diorang berjaya, maksudnya aku pun berjaya. Bermacam-macam teknik mengajar yang aku buat sampai Guru Besar pun takleh terima teknik aku. Tapi Alhamdulillah, tahun yang aku mengajar tu semua keputusan akademik meningkat. Dan rumah sukan yang aku bimbing, dulunya selalu di tangga tercorot, tahun tu dapat no. 2. Okay what?
Gambar-gambar masa jadik Cikgu Sandaran Yang Hensem/ Great Teacher OnizuKen
Memang aku nak teruskan kerjaya aku sebagai cikgu, aku dah siap hantar borang nak masuk Maktab. Tapi permohonan aku ditolak, tahun yang aku apply tu memang beribu orang yang apply nak jadik cikgu. So terkuburlah cita-cita aku yang murni untuk menaikkan taraf pendidikan anak bangsa aku sendiri.
Workstation Aku Sekarang
So, masuklah aku kat syarikat aku sekarang ni. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat dengan apa yang telah ditetapkan olehNya. Moga-moga hari-hari yang akan datang akan bertambah baik. Insya Allah ada jalannya.....
No comments:
Post a Comment