Sunday, 8 January 2012

ROMBONGAN MEMANCING MANCING


7 Januari 2012-8.30 malam
Lokasi : Joran Terjun Kemensah

Untuk mengisi masa yang terluang pada malam minggu, selepas penat seharian dok dalam kelas, aku membuat keputusan untuk menukar tempat lepakku malam tu. Lagipun malam ni, takde game M.U. So adala masa aku untuk menyedut udara di kawasan lain.

Dengan bertemankan si Pijol, aku pun melencongkan kereta aku ke arah Zoo Negara dan terus ke kawasan perkampungan orang asli yang dinamakan Kemensah. Pergh, banyak dah kemajuan dalam kampung ni sejak first time aku datang 14 tahun yang lepas. Chalet-chalet dan sungai dihiasi dengan cantik sekali sebagai tarikan pelancong. Jangan terperanjat dalam hutan ada dengar orang menyanyi. Bukanlah makhluk halus yang menyanyi, tapi geng-geng orang asli mengadakan sesi buang kahak atau nama saintifiknya berkaraoke. Yup, dah siap ada set karaoke dah dalam hutan tu. Bergema satu hutan dengar bermacam-macam suara yang keudara. Barulah asli.

Sampai ke penghujung jalan, maka terletaklah kolam memancing yang aku tujui. Kolam Joran Terjun. Kolam nilah yang Awie, Afdlin, A.C dan Hans berlakon dalam cerita Baik Punya Cilok tu. Macam-macam pengalaman aku kat kolam ni, pengalaman kelakar, seram, kecewa dan gumbira. Hehehe ..tersengih bila ingat pengalaman-pengalaman tu. Mcm2 gelagat pemancing dah aku tengok dan macam-macam jenis umpan dah aku pakai kat kolam ni. Kira kolam ni macam makmal la bagi kitorang mencampur adukkan bahan-bahan umpan. Sampai kadang-kadang tu, rasa macam buat kuih raya pulak.

Aku ingat lagi masa mula-mula datang sini, ada anak-anak tokey kolam ni jalan keliling kolam untuk ambik order makanan. Minggu pertama kitorang makan nasik lemak, masuk minggu kedua anak-anak tokey tu datang lagi untuk ambik order. "Bang, nak order makan? Minggu ni ada nasik lemak special!!!" . Terliur dengan offer adik-adik tu, kitorang pun order sorang satu nasi lemak SPECIAL! Dalam beberapa minit, adik-adik tu datang balik bawak makanan yang di order. Kitorang pelik sebab nasik lemak yang sampai bukan nasik lemak "SPECIAL"! . Aku pun bertanya " Dik, kitorang order nasik lemak special ...adik salah hantar ni". Dengan muka tak bersalah adik tu menjawab " Betul la bang, nasik lemak special la tu". Aku tak puas hati, aku tanya lagi " Apa yang specialnye? Biasa je?". Adik tu menjawab lagi " Cuba abang tengok betul-betul, kan ada telur tu? Nasi lemak biasa takde telur". Aku dengan Kedek pandang sesama sendiri dan mengangguk-anggukkan kepala bererti  kami faham sekarang. Hahahaha! Sepanjang memancing tu kitorang asyik tersengih je mengenangkan ke"Specialan" nasik lemak Joran Terjun. Budak tu yang dulu kecik, dah besar dah sekarang. Dah pakai bra dah untuk menampung nasik lemaknya yang membesar tu hehehehe!

Aku gi sini bukan nak mancing pun, saje nak lepak2 tengok si Kedek dan Mirul mancing. Lagipun poket tengah koyak. Aku ingat aku ngan Pijol je lepak tengok diorang, rupa-rupanya ramai plak yang jadik penyokong diorang. Hancai dan Intan, Joe dan Erni, Rizal dan Lin semua ada malam tu. Aku berpasangan dengan Pijol hahahaha! Gila gayboy! 8 orang penyokong untuk Kedek dan Mirul. Tapi malangnya malam tu takde luck. Resipi umpan yang digunakan tak dapat menarik perhatian ikan yang aku rasa tinggal 2-3 ekor je dalam tu. Aktiviti memancing selesai jam 12 malam, maka pulanglah kami ke markas kami, Restoran Bunga Emas.

Untuk menghilangkan rasa keciwa, maka startlah sesi teka-teki yang memecahkan perut aku. Satu teka teki yang Lin bagi " Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh alih" ...tiba-tiba si Mirul menjawab dengan muka yang Super Bodohnya, "kotak parking!". Entah kenapa aku rasa terlalu kelakar jawapan tu sampai aku gelak sampai menangis. Bebudak pun gelak menangis tengok cara aku gelak. Maka terhapuslah perasaan keciwa tak dapat ikan pada malam tu.

Bagi mengelakkan aku tidur dalam kelas pada esok hari, aku mengangkat kaki dari markas jam 2.00 a.m. Malam yang relax dan best! Looking for this week activity.

No comments:

Post a Comment