Taraaaaa!!!! Cetengok cetengok cetengok! Sape yang bertunang tu? Eh? Pesal nama aku ada kat dalam gambar atas ni? Hah? Aku dah bertunang? TIDAAAAAAAK!!! Kata-katamu hanya mimpi ..di siang hari ..kemarau panjang ....
Hehehehe! Bergurau je ...Alhamdulillah ...selesai satu bab ...ni nak ngadap satu tahun lagi ke hari perkahwinan saya dengan Cik Ziana, insya Allah. Doakan segala-galanya selamat bagi kami ye? Kami bertunang selepas berita gembira yang saya dapat malam sebelum tu. Berita ape? Ni hah berita dia :
Yeah!!!! The Red Devils shoot The Gunners down again at Emirates with a 2-1 win, thanks to Antonio Valencia and Danny Wellbeck. Hehehehehe! Sempat lagi aku tengok bola malam sebelum aku bertunang walaupun dilarang oleh Mak aku (memang anak yang degil!!!). Hehehehe!
Tu selingan je, sebenarnye ape yang aku nak cerita kat sini adalah Tempoh Pertunangan, Darah Manis dan Ujian. Korang yang dah kahwin mesti dah tempuh alam ni kan? kan? kan? Jenet kan? kan?
Senak Aku Kempiskan Perut Untuk Bergambar |
No! No! No! Aku bukan orang yang kuat agama sangat! Aku macam korang gak, nakal-nakal tapi comel. Tapi bila sampai satu tahap yang otak aku takleh terima, aku akan rujuk al-Quran dan Sunnah. Kalau takde sebut, so jangan harapla aku nak ikut. Orang kata 'Darah Manis' ni kita akan selalu bergaduh. Aku akan buktikan kepercayaan tu salah. Kalau kita buat semua keputusan dengan tenang, dan tidak berlebih-lebihan (membazir amalan syaitan), tidak bermegah-megahan, insya Allah semua akan berjalan lancar. Sebab tu ada perkataan Wasatiah dan Tawakkal.
Ini bukan Kumpulan Jambu |
Wasatiah ni bermaksud bersederhana di dalam semua urusan dan tidak berlebih-lebih atau bermegah-megah. Manakala Tawakkal adalah bermaksud kita berserah segalanya kepada yang Maha Esa (setelah kita berusaha). Kita diberikan Akal dan Fikiran yang tidak dikurniakan kepada makhluk lain. Jadi gunalah ia sebaiknya supaya tidak mengundang bencana, perselisihan faham dan lain-lain perkara yang boleh mendatangkan mudarat. Berfikir secara rasional bukan gelojoh (aku pun selalu gelojoh gak, tunang aku cakap).
Oleh itu sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian ...cewaah...(errr ...bleh lawan Ustaz Azhar Idrus tak? hehehehe ..jangan marah Ustaz ye?), marilah kita berpesan-pesan untuk kebaikan. Jika ada sebarang kesilapan daripada saya, sila tegur ...sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya manakala yang baik itu hanya daripada Allah S.W.T.
waahhh... selamat menjadi tunangan orang. tadi kata nak cakap berapa tempoh tunang, tak da gtaw pun. kihkih~
ReplyDeletesalam perkenalan bro~
Hehehehe! Salam pertunangan ...eh! eh! Salah plak ..salam perkenalan jugak Dhiera ...hehehe ...owh ...tempoh pertunangan kami adalah mengambil masa 12 bulan bersamaan 1 tahun.
ReplyDelete