Wednesday 25 January 2012

APE DAH JADIK LIVERPOOL DAN ARSENAL?


Aku bukanlah peminat Arsenal F.C. atau Liverpool F.C. Seperti yang korang tengok dari post-post aku yang lepas, ternyata aku peminat setia Manchester United. Tapi aku concern dengan dua kelab yang pernah jadi saingan The Red Devils. Ape dah jadik?

Ermm ...bukan aku nak menunjuk pandai, kalau aku cerita dengan fan Arsenal dan Liverpool mesti diorang backing kelab diorang. Tapi diorang tak tau kenapa kelab yang diorang minat tidak bertanding untuk takhta liga. Aku berani cakap kat diorang yang dua kelab ni hanya bersaing untuk kedudukan tempat ke-3 hingga ke-6. Diorang hanya akan tersengih dan bersetuju di dalam hati.

Okay, cuba kita bincangkan kat sini, mana puncanya kelemahan diorang ni. Liverpool dan Arsenal mempunyai pemain-pemain yang bertaraf dunia seperti Robin Van Persie (Top Scorer sekarang ni), Theo Wallcot, Arteta, Steven Gerrard, Downing, Andy Carrol, Bellamy, Suarez! Kalau kita tengok atas kertas senarai pemain-pemain yang dibeli, memang boleh mencabar kedudukan kami Manchester United(cewah ..kami tu). Tapi sekarang tengok? Arsenal di tangga ke lima (beza 15 point dari M.U) manakala Liverpool di tangga ke tujuh (16 point beza dari M.U). Masih ada peluangkah untuk mereka merebut takhta? Satu dunia akan jawab TIDAK!!!!! TIADA PELUANG LANGSUNG!!!

"Nak Pecah Kepala Aku Pikir Taktik"

Mengikut otak aku yang bergeliga aku ni, setelah membuat kajian menggunakan kaedah theoram phitagoras dan rujukan daripada m/s 16-26 buku teks Alam dan Manusia, terdapat hanya satu faktor perosak yang serupa yang melanda kedua-dua kelab tersebut  dan ramai yang tidak perasan tentang faktor ini. Nak tau ape dia? Hah, ni dia :

Liverpool : Steven Gerrard
Arsenal : Robin Van Persie

Dua orang nilah yang merosakkan kedua-dua kelab tersebut. Kenapa? Diorangkan Kapten pasukan masing-masing? Diorangkan pemain yang bertaraf dunia? Haaaa ....sebab tulah diorang merosakkan kelab diorang. Tengok betul-betul, ni bukan agak-agak tapi fakta, setiap kali kita tengok 2 team ni main, kita akan tumpukan perhatian lebih kepada kedua-dua pemain ni. Begitu juga yang terjadi kepada pemain-pemain lain, mereka terlalu mengharapkan kepada 2 orang berbakat besar ini. 

Tak percaya jugak? Adoyai ...aku bagi satu contoh lagi la pun. Tengok di awal-awal musim, dimana Liverpool kehilangan Stevie G kerana kecederaan, mereka lebih bermain secara berkumpulan dan lihat hasilnya, mereka berada di dalam kelompok 4 teratas. Tapi setelah kembalinya En. Kapten, dimana kedudukan mereka sekarang? 

Ape? Tak percayainye lagi pun? Adoyai lagi laa ni ..contoh kedua, Arsenal. Setelah kehilangan kedua-dua bintang utama Samir Nasri dan Cesc Fabregas, hanya satu nama sahaja yang kita dengar, ye ..Robin Van Persie. Tengok sahaja perbezaan golnya dengan pemain lain Arsenal, begitu jauh berbeza. Apakah maksudnye itu? Bezakan dengan jumlah gol pemain-pemain Manchester United, dan baru itulah dikatakan SATU PASUKAN.

"Bukan Ko Sorang Je Pening Wenger! Aku Pun Sama!"

Kejadian yang melanda 2 pasukan ni menjadikan EPL kurang saingan dan mula ketinggalan kepada Liga Sepanyol. 

En. Arsene Wenger dan En. Kenny Daglish, kalau ada terbaca ruangan ni, sila fikir-fikirkan. Kalau tak faham, klik 'TRANSLATE" kat atas Google Chrome tu.

2 comments:

  1. Salam...aku sebagai peminat Liverpool pun pernah fikir benda yang sama. Sebab diorang akan banyak bergantung kepada Gerrard. kalau dia perform, Liverpool perform. Tapi musim ni bukan Gerrard sebabnya. Sebab Gerrard baru main berapa game dan dia skor dalam game2 tu. Musim ni pulak pasukan2 yang orang selalu labelkan pasukan bawahan lebih kompetitif berbanding sebelum ni. Liverpool dalam proses pembinaan semula. ambil masa. Dulu houllier buat skuad tapi tak sempat, rafa pon sama, roy lagilah...sekarang Kenny baru sekejap. kena bagi masa. Alex Ferguson dah berapa lama? Wenger berapa lama? Apapun, kita layan FA Cup Sabtu ni.

    ReplyDelete
  2. Yes Bro ...setuju ...harap-harap Kenny ni diberi masa lama sikit untuk build team Liverpool ni. Tapi keputusan semalam memang aku suka bro, Liverpool 2-2 Man City ..bagi lemah semangat diorang sikit. Letih nak cucuk angin city ni. Harap-harap moral diorang down. Liverpool dah boleh kira 90% nak dapat satu cup tahun ni.

    Okay ..pepehal layan FA Cup sabtu ni, aku goyang gak ..Liverpool ni kalau ke tempat 14 ke 360 ke, kalau jumpa Man United, lain macam plak diorang main.

    ReplyDelete