Saturday 28 January 2012

PEMUSNAH SYAITAN MERAH DARI BELANDA

Pemusnah Syaitan Merah Dari Belanda
Arrrghhh!!!! Dirk Kuyt! Nape la ko masuk? Aku dah tak sedap hati dah bila mamat ni masuk second half. Dia ni memang banyak menyusahkan M.U. setiap kali jumpa Liverpool. Sir Alex sendiri tak percaya camne team dia bleh kalah padahal team ni dah banyak pengalaman dalam situasi ni. Takde luck la malam ni.

Tahniah Liverpool.

Walaubagaimanapun, Kapten Steven Gerard dan Dirk Kuyt sendiri tak dapat menafikan kehebatan Manchester United yang menguasai permainan dari awal (rujuk komen selepas perlawanan). Kesilapan Kapten M.U. sendiri membawa padah.

Takpe-takpe ...game best. Game ni menunjukkan camne Otai Scholesy control game. Kalau dia kekal sampai abes game, aku rasa keputusan seri.

Dan game tadi jugak membuktikan TEORI aku sebelum ini adalah BENAR!!!. Baca balik artikel aku bertajuk "Ape Dah Jadik Liverpool dan Arsenal?". Di dalam artikel tersebut, aku menjelaskan bahawa Liverpool lebih baik jika Stevie G tak bermain. Terbukti bukan? Setelah Gerard dikeluarkan kita boleh nampak Liverpool menyerang dari semua arah, kiri, kanan dan tengah. Dan hasilnya Dirk Kuyt berjaya membolosi gawang Syaitan Merah di minit ke-88.

Hmmm ...Carling, F.A dan Champion League dah melepas. Yang tinggal UEFA Cup ngan Premier League je. Kamon United!


3 comments:

  1. pada malam kejadian..aku hanya mampu mendengar jeritan gollll je dari sebelah rumah...

    ReplyDelete
  2. hahahha....tapi ko tau ke team mana yang score?

    ReplyDelete
  3. TAU..BERDASARKAN LAGU YANG DORANG DENDANGKAN SELEPAS GOL...YNWA..

    ReplyDelete