Thursday 5 January 2012

Sesi Makan Tengahari Bersama Anoit


5 Januari 2012 - Sesi makan tengahari bersama Anoit Di SWAN Office, Glenmarie Shah Alam

Lama dah tak jumpa kawan aku yang bernama Anoit ni (baju pink tak bertudung). Mesti korang pelik dengar nama dia kan? Sebenarnya nama sebenar dia adalah Nor Atiza Bt. Akil. Aku yang gelarkan dia Anoit sebab dulu dia selalu gelar aku 'Annoying' sampai aku kena bukak kamus cari apa makna 'Annoying' tu. Satu lagi gelaran aku bagi kat dia adalah Perempuan British dan Stephanie! Hahahaha! Sebab dia suka pakai skirt kembang ala-ala British.

Anoit ni adalah antara kawan pompuan yang paling rapat ngan aku termasuk sorang kawan aku lagi sorang kat Bangi tu, Yan Jepun (Norazean Harun). Ye, kawan-kawan pompuan aku ni kira best friend akula. Diorang tempat aku mengadu, banyak rahsia yang awek(present),aweks (plural) dan aweked (past tense) tak tahu pun aku cerita kat diorang ni. Nape best friend aku pompuan? Haaa ...sebenarnya aku memang suka berkawan ngan pompuan. Bukan bermaksud aku lembut. Sebenarnya aku suka kawan dengan perempuan ni sebab senang berkongsi cerita. Nak-nak bila ada masalah dengan awek, aweks dan aweked aku.

So, aku rasa pandangan dari pihak perempuan lagi banyak membantu kerana mereka juga adalah spesis yang sama dengan awek, aweks dan aweked aku. Bukan aku takde best friend laki, best friend laki aku pun ramai! Cuma dalam kes-kes special kita perlukan kaum hawa dalam penyelesaian masalah hati dan jiwa. Ceeewaaaah.

Bahayanya adalah, kengkadang awek, aweks dan aweked aku rasa cemburu bila aku kuar ngan diorang ni. Sebab tu awal-awal kita kena bagitau awek, aweks dan aweked kita dengan siapa kita berkawan.

Panjang sangat plak aku punya penerangan. Berbalik pada sesi makan tengahari ni, aku dan bakal tunang aku yang tengah baca ni, (tau dah tau dah tau dah) gi jumpa si Anoit ni makan tengahari kat bawah opis dia. Lama tak jumpa, tapi tak dapat borak lama sebab jalan jem. Sotong goreng yang kitorang target takde!!!! Keciwa. Aku bantai makan nasi lauk ayam panggang, ngan sayur masak lemak tempoyak dan tempe!!!

Yang bestnye 2 hari lepas aku cakap nak makan kat tempat dia, Anoit suruh aku belanja. Aku cakap ok. Tapi hari ni aku call, aku suruh dia belanja, dia pun cakap OK. Hahahaha! Dia dah lupa...so dapatla aku makan free lalalalaa .....

Dah selesai je makan, balik la aku ngan bakal tunang aku ke opis. Ya Allah, korang tak tau penangan lemak tempoyak ni. Aku bleh duduk kat tempat aku sambil tak buat apa-apa selama 45 minit. Bukan main ngantuk lagi!!!!!

1 comment:

  1. awk ngadu kat anoit??? ohhhhh sy pu kena carik kawan baik lelaki nie..lalallaa ;p

    ReplyDelete